MEMUAT

Taip untuk mencari

PMPL MYSGPH S5: Dingoz umum roster yang dikuatkan oleh Badman!

atq_hyprgame
Kongsi

Dingoz Esports telah pun mengumumkan barisan pemain mereka yang akan melengkapkan arena PMPL MYSGPH S5. Slot Dingoz Esports di PMPL MYSGPH S5 telah diambil dari slot asal GRITG Ares. Sebelum ini GRITG Ares ditaja oleh Yoodo Alliance, kini pasukan itu akan bergerak di bawah organisasi e-sukan, Dingoz Esports.

Difahamkan juga Dingoz Esports merupakan penaja bagi pasukan itu. Pemain asal GRITG Ares yang akan bersama dengan organisasi e-sukan itu di PMPL MYSGPH S5 adalah Pamiz & Babykim. Unit mereka akan dilengkapkan bersama 4 lagi pemain. 

Baru-baru ini, Dingoz Esports ada menyertai kejohanan secara offline iaitu Fiesta Esport Hari Wilayah 2022 di Stadium Titiwangsa. Itu merupakan kejohanan offline pertama Dingoz Esports bersama dengan barisan pemain baru. Pasukan itu berjaya tamatkan kedudukan di tempat ke-6 dengan 1 Chicken Dinner. 

Barisan pemain Dingoz Esports bagi PMPL MYSGPH S5 terdiri daripada DoZPamiz (IGL), DoZBaby Kim (Rusher), DoZRiki (Rusher), DoZIboy2k, DoZAteh2k & DoZItsKido

Sumber: Dingoz Esports

Bekas pemain Farang Lejund, Riki sertai barisan pemain Dingoz

Barisan pemain Dingoz Esports juga akan diperkuatkan oleh pemain berbakat yang pernah bersama-sama dengan pasukan Farang Lejund. Seperti yang kita tahu, sejak Farang Lejund membuat debut mereka di PMPL, mereka banyak memberi kejutan dengan barisan pemain muda yang berbakat.

Kini, Riki bakal menguatkan pasukan Dingoz Esports. Beliau juga ada bermain di Fiesta Esport Hari Wilayah 2022 bagi kategori PUBG Mobile bersama dengan pasukan tersebut! Riki akan memegang role sebagai rusher bersama dengan DoZBaby Kim. 

Sumber: The Farang Esports
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Badman perkuatkan pasukan Dingoz sebagai jurulatih 

Tanda tanya tentang ke mana hala tuju Badman akhirnya terjawab apabila beliau dilihatkan bersama dengan pasukan Dingoz. Tetapi pada ketika itu, rata-rata dari komuniti PUBG Mobile merasakan bahawa beliau akan menjadi salah satu barisan pemain Dingoz. 

Selepas Dingoz Esports mengumumkan roster mereka & Badman tidak terlihat berada dalam barisan pemain, beliau kini dijangka akan perkuatkan roster Dingoz sebagai jurulatih. Organisasi e-sukan itu belum lagi membuat pengumuman tentang kemasukan Badman sebagai jurulatih.

Dengan pengalaman yang Badman ada sebagai seorang pemain, ia akan memberi kelebihan buat beliau memberi pandangan & memimpin pasukan Dingoz di PMPL MYSGPH S5. Banyak sebenarnya pertukaran yang berlaku di musim baru PMPL. 

Sumber: RSG Malaysia
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

PMPL MYSGPH S5 dikatakan bakal membuka arena mereka pada bulan Mac ini memandangkan transfer window telah pun ditutup. Tetapi, informasi lanjut tentang tarikh bukanya PMPL MYSGPH S5 masih lagi belum diumumkan. 

Sehingga hari tersebut, semua pasukan boleh bersiap sedia mengumumkan roster yang bakal mereka bawakan di PMPL MYSGPH S5. Pasukan manakah yang akan membuat kejutan baru di arena tersebut? 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *