MEMUAT

Taip untuk mencari

PMPL MYSGPH S5: Pertempuran El Clásico dalam Kumpulan B

atq_hyprgame
Kongsi

Pasukan dalam Kumpulan B adalah pasukan maut? — Dengan adanya SEM9 & Team Secret yang memegang gelaran El Clásico, memang Kumpulan B adalah salah satu kumpulan yang menjadi perhatian selepas cabutan undian dibuat. 

Kalau di PMPL MYSG S4, ada beberapa kali kita melihat pertempuran El Clásico tapi tidak banyak. Kini, kedua-dua pasukan berada dalam kumpulan yang sama. Jadi, perjumpaan antara SEM9 & Team Secret akan lebih kerap!

Seperti yang kita tahu, format PMPL MYSGPH S5 adalah berbeza dari musim PMPL yang sebelum ini. Dengan pertukaran format baru, arena PMPL pada kali ini akan jadi lebih mencabar. Semua pasukan perlu berentap demi mendapatkan mata singkir & mata kedudukan yang tinggi. Pengejaran mata dalam setiap permainan untuk PMPL MYSGPH S5 sangat penting!

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

HomeBois, Genexus, Team Secret & SEM9 dalam Kumpulan B!

Selain daripada El Clásico, kita juga ada pasukan yang telah merombak senarai roster mereka 100% untuk musim ini iaitu HomeBois. Tiada lagi line up lama dalam pasukan HomeBois. Kini roster HomeBois terdiri daripada IronPro, Dam, Trixnity, Six & Bard.

Pasukan di dalam Kumpulan B juga terdiri daripada pasukan baru yang telah mengambil alih slot Whales Esports iaitu Genexus! Debut Genexus dalam PMPL MYSGPH S5 sangat dinantikan dengan adanya pemain veteran dalam scene kompetitif PUBG Mobile iaitu BiuBiu

Ini merupakan kemunculan pertama BiuBiu dalam PMPL selepas beliau berehat lama dari kompetitif PUBG Mobile. Sebelum ini, BiuBiu ada sertai beberapa kejohanan kecil bersama dengan pasukan Genexus. Terdapat 4 orang pemain dalam roster Genexus iaitu BiuBiu, Looyou, ApplE & Loong

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Itu adalah preview pasukan dalam Kumpulan B. Tidak dapat dinafikan, pasukan di dalam Kumpulan B bukan sahaja terdiri daripada El Clásico tetapi juga terdiri daripada pemain-pemain berpengalaman. 

Dengan adanya SEM9 & Team Secret dalam kumpulan yang sama, pasti peminat kedua-dua pasukan ini menantikan pertempuran El Clásico dalam arena PMPL MYSGPH S5. Pasukan manakah yang akan memenangi pertempuran El Clásico — SEM9 atau Team Secret? 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *