MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

16 pasukan Malaysia akan berentap di Malaysia Esports Selection 2022 bagi mencari 2 pasukan terbaik yang bakal mewakili Malaysia di 31st SEA Games. Ini merupakan antara tajuk e-sukan yang ditunggu-tunggu oleh komuniti terutamanya buat komuniti PUBG Mobile Malaysia. 

Ada beberapa nama e-sukan lain yang sudah pun mendapatkan pasukan terbaik untuk mewakili Malaysia ke Hanoi. Antaranya adalah Todak (MLBB), SEM9 (Free Fire), SEM9 (LoL), ADT Esports (Arena of Valor) & Orange Esports (FIFA Online 4)

Untuk PUBG Mobile, akan ada 2 pasukan yang akan mewakili Malaysia ke Hanoi. Ini merupakan satu peluang besar untuk pasukan PMPL mendapatkan tempat di 31st SEA Games lebih-lebih lagi kepada pasukan yang belum lagi berjaya menempah tempat untuk bermain bersama pasukan Asia Tenggara yang lain.

Sumber: MESF

16 pasukan yang akan mengikuti MES 2022 adalah SEM9.GANK, MAB Esports, Dingoz Esports, Clutch Guerilla, Team SMG, RSG MY, Geek Fam, BossR2K, TABAH NSEA, HomeBois, Genexus, Farang Lejund, EVOS Vip, Team Haq, 4Rivals Alliance & Axis Esports.

Dalam 16 pasukan yang terlibat, Team Secret tidak dilihatkan berada dalam senarai pasukan yang akan mengikuti MES 2022. Ia disebabkan oleh Team Secret tidak mempunyai pemain yang cukup & syarat lengkap untuk bertanding (bagi pemain).

Antara sebabnya adalah:

  • Madtoi bukan warganegara Malaysia
  • 2 pemain Team Secret berada di bawah had umur
  • Hanya Fredo & iShotz sahaja yang layak main 
  • Kesimpulan: Tidak cukup pemain untuk sertai MES 2022

Mesti ramai peminat Team Secret sedih dengan ketiadaan pasukan itu di MES 2022. Tetapi, ada salah satu senarai pasukan yang ditunggu-tunggu oleh komuniti iaitu pasukan Genexus. Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa BiuBiu merupakan salah satu pemain bagi pasukan Genexus.

Kini, beliau bersama dengan pasukannya, Genexus akan mengikuti MES 2022. Ini merupakan comeback BiuBiu dalam kompetitif PUBG Mobile. Ini bukanlah pentas pertama Biubiu kerana sebelum ini beliau dikhabarkan ada mengikuti kejohanan kecil bersama dengan Genexus. 

Selain dari itu, kita juga ada melihat Geek Fam membawa masuk uHigh untuk sertai pasukan PUBG Mobile mereka di MES 2022. Untuk mewakili ke 31st SEA Games, uHigh perlu sertai pasukan lokal. Memang banyak perkara-perkara menarik untuk dilihatkan di MES 2022!

Sumber: MESF

Siaran langsung MES 2022 bagi PUBG Mobile akan bermula pada hari Jumaat ini, 4 Mac sehingga 6 Mac di Facebook rasmi Malaysia Esports Federation (MESF). Hanya 2 pasukan sahaja yang layak untuk mewakili Malaysia di 31st SEA Games. 

Dengan ketiadaan Team Secret di MES 2022, adakah ia akan membuka peluang untuk pasukan lain merebut tempat ke Hanoi?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *