MEMUAT

Taip untuk mencari

DASAR PRIVASI

PENGENALAN

HYPRGAME LLC menghormati privasi yang terdapat pada pengguna kami. Dasar Privasi ini menjelaskan tentang tatacara bagaimana kami mengutip, menggunakan, mendedahkan dan melindungi informasi privasi apabila pengguna melayari laman hyprgame.com termasuk saluran-saluran media yang lain seperti laman web mudah alih atau aplikasi media yang berkaitan. Untuk menjaga kualiti dan kuantiti yang dipamerkan, pengguna dinasihati agar membaca dengan teliti tentang data privasi yang telah dijelaskan.

Kami, HYPRGAME LLC berhak membuat sebarang perubahan kepada Dasar Privasi kami pada bila-bila masa dan atas sebab apa-apa sekalipun. Kami juga akan members notis pemberitahuan jika terdapat sebarang perubahan apabila mengemas kini laman tersebut. Sebarang perubahan atau pengubahsuaian akan berkesan sejurus selepas laman kami mengemaskini Daar Privasi yang terkini dan pengguna mempunyai hak untuk menerima notis pemberitahuan jika terdapat sebarang perubahan dan pengubahsuaian di laman kami. 

Pengguna digalakkan untuk sentiasa membuat semakan di Dasar Privasi kami agar pengguna dapat mengetahui maklumat terkini dan perubahan terbaru.   

PENGUMPULAN MAKLUMAT PENGGUNA 

Kami mengumpul data anda dalam pelbagai cara. Tersebut merupakan cara informasi dikumpul di laman kami:

Data Peribadi

Kami mengambil maklumat peribadi anda yang seperti nama, alamat penghantaran, alamat e-mel dan nombor telefon, serta informasi demografi yang diberikan secara sukarela seperti umur, jantina dan minat. Walau bagaimanapun, anda tidak diwajibkan untuk memberi maklumat peribadi anda sebagai pengguna di laman ini, namun penolakan untuk memberi sesuatu informasi dapat menghalang anda untuk menggunakan ciri-dciri tertentu yang didapati di laman kami. 

Data Terbitan 

Laman kami mengampul data secara automatik apabila anda melayari laman kami seperti alamat IP, sistem operasi, masa anda mengakses masuk dan halaman yang telah anda layara sebelum dan selepas mengakses laman kami. 

Kebenaran Facebook

Laman ini dapat mengakses maklumat asas akaun Facebook anda termasuk nama, e-mel, jantina, tarikh lahir, tempat tinggal serta pautan gambar profil anda. Selain itu, laman kami juga mengakses maklumat lain yang dipersetujui oleh anda untuk diumumkan secara awam. Kami juga meminta kebenaran anda untuk mengakses akaun anda yang berkaitan. Walau bagaimanapun, anda mempunyai hak untuk memberi atau menolak kami dari mengakses maklumat anda. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kebenaran Facebook, anda boleh rujuk halaman Rujukan Kebenaran Facebook.

Data dari Rangkaian Sosial

Maklumat pengguna dari laman rangkaian sosial termasuk nama, nama rangkaian sosial, lokasi, jantina, tarikh lahir, alamat e-mel, gambar profil dan data awam dapat diakses oleh laman kami jika anda menyambungkan akaun anda ke rangkaian sosial yang lain. 

Data Peranti Mudah Alih

Maklumat peranti seperti ID peranti mudah alih, model dan pengeluaran, dan maklumat mengenai lokasi peranti mudah alih anda dapat diakses oleh laman kami jika anda melayari laman kami menggunakan peranti mudah alih. 

Data Pihak Ketiga 

Maklumat dari pihak ketiga seperti maklumat peribadi atau rakan rangkaian dapat diakses oleh laman kami jika anda menyambungkan akaun anda ke pihak ketiga dan memberikan kebenaran kepada laman kami untuk mengakses maklumat ini.

Data dari Peraduan, Hadiah dan Tinjauan

Maklumat peribadi dan maklumat lain yang mungkin anda berikan semasa memasuki peraduan atau hadiah dan/atau memberi maklum balas kepada tinjauan di laman kami. 

PENGGUNAAN MAKLUMAT ANDA

Mempunyai maklumat yang teapot tentang pengguna kami membenarkan kami memberikan anda  pengalaman melayari laman kami dengan lancar. Secara umumnya, kami mungkin menggunakan maklumat anda yang telah dikumpulkan dalam laman kami untuk: 

  • Promosi dan peraduan
  • Membantu penguatkuasaan undang-undang dan bertindak balas terhadap espina
  • Mengumpul data statistik tentang pengguna yang tidak mempunyai pengenalan untuk digunakan secara dalaman atau bagi pihak ketiga
  • Cipta dan urus akaun pengguna
  • Penghantaran iklan yang disasarkan, kupon, buletin dan maklumat lain yang berkaitan dengan promosi.
  • Pengiriman e-mel kepada pengguna tentang akaun 
  • Mengaktifkan komunikasi pengguna ke pengguna
  • Memenuhi dan menguruskan pembelian, pesanan, bayaran serta transaksi lain yang berkaitan di laman ini
  • Mencegah transaksi palsu dan melindungi daripada berlakunya kegiatan jenayah
  • Memproses pembayaran dan pembayaran semula
  • Menyelesaikan sebarang masalah berhubung dengan laman atau akaun pengguna.

PENDEDAHAN MAKLUMAT ANDA

Kami mungkin berkongsi maklumat yang kami telah kumpul mengenai anda dalam situasi tertentu. Maklumat anda boleh didedahkan seperti berikut: 

Melalui Undang-Undang atau untuk Melindungi Hak

Sekiranya kami yakin pelepasan maklumat mengenai anda diperlukan untuk tindak balas terhadap proses undang-undang, untuk menyiasat atau memperbaiki kemungkinan pelanggaran dasar polisi kami, atau untuk melindungi hak, harta benda dan keselamatan orang lain, kami mungkin akan berkongsi maklumat anda. Kami juga mungkin akan berkongsi maklumat anda sebagaimana yang diterima dan dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan semasa. Ini termasuk pertukaran maklumat dengan entiti lain untuk melindungi dari sebarang jenayah dan pengurangan risiko kredit.

Perkhidmatan Pihak Ketiga

Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga yang melakukan perkhidmatan untuk kami atau bagi pihak kami, termasuk pemprosesan pembayaran, analisis data, pengiriman email, layanan pelanggan dan bantuan pemasaran.

Komunikasi Pemasaran

Dengan persetujuan anda, atau dengan peluang untuk anda menarik persetujuan, kami dapat berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran, seperti yang diizinkan oleh undang-undang.

Interaksi dengan Pengguna Luar

Sekiranya anda berinteraksi dengan pengguna laman lain, pengguna tersebut dapat melihat nama, foto profil dan maklumat aktiviti anda, termasuk mengirim jemputan kepada pengguna lain. 

Pengeposan Dalam Talian

Semasa anda menghantar komen, sumbangan atau kandungan lain ke laman kami, catatan anda mungkin dilihat oleh semua pengguna dan boleh diedarkan secara terbuka luar dari laman kami.

Pengiklan Pihak Ketiga

Kami mungkin menggunakan syarikat pengiklanan pihak ketiga untuk mempromosikan iklan semasa anda mengunjungi laman kami. Syarikat-syarikat ini mungkin menggunakan maklumat anda dari laman ini dan laman lain yang terdapat dalam kuki web untuk menyediakan pengiklanan tentang barangan serta pengkhidmatan mengikut kesesuaian anda.

Ahli gabungan

Kami mungkin akan berkongsi maklumat anda dengan ahli gabungan kami dan kami memerlukan mereka untuk mematuhi Dasar Privasi ini. Ahli gabungan merangkumi syarikat induk kami dan mana-mana anak syarikat, rakan usaha sama atau syarikat lain yang kami kendalikan atau yang berada di bawah kawalan bersama-sama dengan kami.

Rakan Perniagaan

Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan rakan perniagaan kami untuk menawarkan produk, perkhidmatan atau promosi tertentu kepada anda.

Kenalan Media Sosial

Sekiranya anda menyambung ke laman kami melalui rangkaian sosial, kenalan anda di rangkaian sosial akan melihat nama, foto profil dan pershal aktiviti anda.

Pihak Ketiga Lain

Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan pengiklan dan pelabur untuk tujuan menjalankan analisis perniagaan umum. Kami juga dapat berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga tersebut untuk tujuan pemasaran, seperti yang diizinkan oleh undang-undang.

Jualan atau muflis

Sekiranya kami menyusun semula atau menjual semua atau sebahagian daripada aset kami, mengalami penggabungan, atau diperoleh oleh entiti lain, kami mungkin memindahkan maklumat anda kepada entiti pengganti. Sekiranya kami keluar dari perniagaan atau muflis, maklumat anda akan menjadi aset yang dipindahkan atau diperoleh oleh pihak ketiga. Anda mengakui bahawa pemindahan tersebut mungkin berlaku dan bahawa penerima pindahan dapat menolak komitmen kehormatan yang kami buat dalam Dasar Privasi ini.

Kami tidak bertanggungjawab atas tindakan pihak ketiga yang anda gunakan untuk berkongsi data peribadi atau sensitif konten, dan kami juga tidak mempunyai kuasa untuk mengurus atau mengawal permintaan pihak ketiga. Sekiranya anda tidak lagi mahu menerima surat-menyurat, e-mel atau komunikasi lain dari pihak ketiga, anda bertanggungjawab untuk menghubungi pihak ketiga secara langsung.

PILIHAN MENGENAI MAKLUMAT ANDA

Maklumat akaun

Anda pada bila-bila masa boleh menyemak atau mengubah maklumat dalam akaun anda atau menghentikan akaun anda dengan:

  • Log masuk ke tetapan akaun anda dan kemaskini akaun anda
  • Menghubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang disediakan di bawah

Atas permintaan anda untuk menghentikan akaun anda, kami akan menyahaktifkan atau menghapus akaun anda serta maklumat dari pangkalan data aktif kami. Namun, beberapa maklumat mungkin disimpan di dalam fail kami untuk mencegah penipuan, menyelesaikan masalah, membantu penyiasatan dijalankan jika ada serta menguatkuasakan Sayarat Penggunaan kami dan/atau mematuhi kehendak undang-undang.

E-mel dan komunikasi

Sekiranya anda tidak lagi mahu menerima surat-menyurat, e-mel atau komunikasi lain dari kami, anda boleh memilih untuk tidak mengikut:

  • Memilih pilihan anda ketika mendaftar di laman kami
  • Log masuk ke tetapan akaun anda dan kemas kini pilihan anda
  • Menghubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang telah disediakan di bawah

Sekiranya anda tidak mahu lagi menerima surat-menyurat, e-mel atau komunikasi lain dari pihak ketiga, anda bertanggungjawab untuk menghubungi pihak ketiga tersebut secara langsung bagi menukar pilihan anda.