MEMUAT

Taip untuk mencari

Rebrand! Farang Esports mahu luaskan lagi penjenamaan mereka

atq_hyprgame
Kongsi

Sebelum ini, organisasi e-sukan itu dikenali sebagai TheFarang Esports. Kini, mereka sah membuat penjenamaan semula terhadap nama organisasi e-sukan mereka dari TheFarang Esports kepada Farang Esports

Seperti yang kita tahu, Farang merupakan salah satu organisasi e-sukan yang semakin berkembang sejak akhir-akhir ini. Farang yang memiliki beberapa pasukan PUBG Mobile di bawah mereka tidak henti-henti memberikan impak positif dalam kompetitif PUBG Mobile terutamanya PMPL!

Sumber: Farang Esports
Sumber: Farang Esports

Farang Guerilla yang kini dikenali sebagai Clutch Guerilla juga merupakan salah satu produk yang dihasilkan di bawah Farang Esports. Untuk PMPL MYSGPH S5, terdapat 2 pasukan di bawah Farang Esports yang akan sertai arena itu; Farang Lejund & Farang Guerilla (Clutch Guerilla).

Disebabkan syarat PUBG Mobile yang tidak membenarkan 2 pasukan di bawah satu organisasi yang sama berada di dalam PMPL, Farang Guerilla kini dilepaskan oleh organisasi e-sukan itu & diambil alih oleh Clutch Esports yang diperkuatkan oleh Topcast. Kini, Guerilla akan membawa nama Clutch Guerilla di PMPL MYSGPH S5.

Penjenamaan semula & meluaskan jenama kepada beberapa bahagian

Dari apa yang dimuat naik oleh Farang Esports di laman Instagram mereka, organisasi e-sukan ini nampaknya bukan sahaja membuat penjenamaan semula terhadap nama mereka tetapi meluaskan lagi penjenaaman Farang Esports dalam e-sukan.

“Selepas beberapa tahun menggunakan nama TheFarang Esports, kini kami membuat penjenamaan semula kepada Farang Esports untuk sektor e-sukan kami,”

“Selain daripada itu, beberapa bahagian lain juga akan diperkenalkan secara rasmi kelak (walaupun telah wujud). Antaranya adalah Farang Futsal, Farang Academy, Farang Streetwear & lain-lain.”

Sumber: Farang Esports
Sumber: Farang Esports

Kita tahu Farang Esports memiliki pasukan PUBG Mobile yang sangat berbakat. Komposisi pemain PUBG Mobile mereka tidak dapat dinafikan lagi kekuatan yang mereka ada. Dengan perkembangan yang Farang Esports dapat selama berada di dalam industri e-sukan, organisasi itu akhirnya mengambil keputusan untuk luaskan lagi penjenamaan mereka. 

Farang Esports juga menyatakan bahawa mereka berharap agar dapat kembangkan lagi nama Farang di masa akan datang & memberi lebih banyak peluang pekerjaan. Industri e-sukan boleh dikatakan agak stabil buat masa kini kerana ramai pemain yang mahu menceburi dunia e-sukan.

Jadi, perkembangan yang dibuat oleh Farang Esports mampu membantu lebih banyak lagi pasukan-pasukan amatur yang lain untuk sertai mereka (Farang Academy). Farang Esports juga ada berkolaborasi dengan 2 jenama sebagai penaja utama mereka iaitu Shure & TGR.

Sumber: Farang Esports
Sumber: Farang Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *