MEMUAT

Taip untuk mencari

31st SEA Games: SEM9 rasmi wakil Malaysia bagi e-sukan Wild Rift!

atq_hyprgame
Kongsi

SEM9 mengekalkan nama mereka sebagai salah satu pasukan Wild Rift terbaik di Malaysia apila mereka berjaya menewaskan Todak dengan kemenangan bersih, 3-0. 

Sepatutnya Upcar Esports berjumpa dahulu dengan SEM9 di upper bracket finals. Tetapi, pasukan Upcar Esports telah pun menarik diri dari MES 2022 atas sebab-sebab tertentu. Jadi, perlawanan akhir secara automatik akan menemukan SEM9 dengan Todak. 

Kemenangan bersih yang didapatkan oleh SEM9 berjaya membawa mereka menjadi pasukan Wild Rift Lelaki yang mewakili Malaysia di 31st SEA Games. Walaupun tajuk e-sukan ini tidak berada dalam senarai e-sukan yang berpotensi memenangi pingat, tetapi melihat dari performa SEM9, tidak mustahil untuk mereka dapatkan.

Sumber: MESF
Sumber: MESF

31st SEA Games bagi e-sukan akan membawa pelbagai pasukan dari negara Asia Tenggara yang membawa nama negara mereka untuk dapatkan pingat dari 31st SEA Games. Negara Asia Tenggara yang mana yang akan membuktikan Penguasaan mereka dalam e-sukan? 

Tahniah buat pasukan SEM9 kerana berjaya terpilih sebagai wakil Malaysia di 31st SEA Games. Untuk pengetahuan semua, Wild Rift terbahagi kepada 2 kategori. Buat masa ini, hanya pasukan lelaki sahaja yang telah diumumkan.

Untuk persiapan ke 31st SEA Games, SEM9 akan menjalani sesi bootcamp selama 2 bulan di Casa Bukit Jalil & EBN Esports Arena di Quill City Mall, Kuala Lumpur bermula pada 14 Mac. Arena 31st SEA Games akan bermula pada 12 Mei sehingga 23 Mei 2022. 

Sumber: SEM9

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya