MEMUAT

Taip untuk mencari

31st SEA Games: Ini senarai lengkap pasukan yang mewakili Malaysia!

atq_hyprgame
Kongsi

Kelayakan bagi 31st SEA Games telah pun berakhir selepas MESF mengumumkan senarai pasukan yang sah akan mewakali Malaysia di Hanoi, Vietnam. Terdapat 7 senarai e-sukan yang telah pun berjaya merebut tempat di 31st SEA Games:

  • Mobile Legends: Bang Bang 
  • PUBG Mobile 
  • League of Legends: Wild Rift 
  • Garena Free Fire
  • FIFA Online 4
  • League of Legends
  • Arena of Valor

Sebelum ini, pemilihan dijalankan melalui Malaysian Esports Selection 2022 yang dianjurkan oleh Malaysia Esports Federation (MESF). Juga, disokong oleh 2 badan penting iaitu KBS Malaysia & Majlis Sukan Negara Malaysia. 

Sumber: MESF
Sumber: MESF

Pasukan-pasukan yang terpilih ini telah pun melalui pusingan kelayakan iaitu Malaysian Esports Selection 2022 bagi menentukan pasukan mana yang akan mewakili Malaysia. Ada tajuk e-sukan yang akan membawa 2 wakil & ada juga yang akan membawa satu wakil. 

Berikut adalah senarai pasukan yang akan mewakili Malaysia di Hanoi, Vietnam:

Bagi FIFA Online 4 (FO4), Orange Esports menjadi pasukan yang telah disenarai pendek untuk mewakili Malaysia di 31st SEA Games. Mungkin ada beberapa saringan lagi yang harus dilalui oleh Orange Esports sebelum kategori itu dipilih ke acara utama.

Seperti yang semua tahu, perwakilan pasukan-pasukan ini ke Hanoi, Vietnam adalah untuk membawa nama Malaysia, bukan nama pasukan secara keseluruhan. Pasukan boleh merekrut pemain dari pasukan lain untuk sertai pasukan mereka di 31st SEA Games tetapi bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh organisasi e-sukan itu.

Jadi, untuk tajuk e-sukan Mobile Legends: Bang Bang, rata-rata dari komuniti mahu mengetahui pemain mana yang akan diserap masuk ke dalam pasukan Todak untuk bersama-sama membawa nama Malaysia. Ramai yang mengatakan bahawa Xorn antara pemain yang akan dijangka akan sertai pasukan Todak.

Ikuto selaku pengurus pasukan Todak ada menyatakan bahawa beliau ada menyenaraikan 2 pemain dari 2 organisasi e-sukan yang berkebolehan untuk sertai Todak mewakili Malaysia di 31st SEA Games. Namun, nama 2 pemain itu masih dirahsiakan. 

Sumber: Facebook Ikuto00

Selain daripada itu, Ikuto juga berkata bahawa Todak bukan membawa nama mereka tetapi nama Malaysia. Jadi, beliau mahu tubuhkan satu ‘super team’ buat kategori MLBB menjelang 31st SEA Games nanti. Memandangkan 31st SEA Games akan temukan Malaysia dengan negara Asia Tenggara yang lain, persiapan rapi harus dibuat dengan segera!

Untuk persiapan ke 31st SEA Games, semua pasukan yang mewakili Malaysia akan menjalani sesi bootcamp selama 2 bulan di Casa Bukit Jalil & EBN Esports Arena di Quill City Mall, Kuala Lumpur bermula pada 14 Mac. Arena 31st SEA Games akan bermula pada 12 Mei sehingga 23 Mei 2022.

MESF juga ada menyatakan bahawa Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile (Skuad), FIFA Online 4 & Arena Of Valor merupakan 4 nama e-sukan yang berpotensi memenangi pingat.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *