MEMUAT

Taip untuk mencari

31st SEA Games: Jumper sertai TABAH NSEA bagi kategori PUBGM

atq_hyprgame
Kongsi

Geek Fam & TABAH NSEA merupakan wakil Malaysia di 31st SEA Games selepas mereka mendapatkan kedudukan 2 terbaik di MES 2022. Untuk pasukan PUBG Mobile, mereka boleh membawa masuk pemain dari pasukan lain sertai mereka di 31st SEA Games. 

Seperti yang kita tahu, Geek Fam telah pun memiliki uHigh (Bigetron Red Aliens). Rasanya tidak akan ada penambahan pemain bagi pasukan Geek Fam. Mereka akan menggunakan line up yang sama seperti di MES 2022.

Bagi TABAH NSEA, mereka bermain di MES 2022 dengan menggunakan line up utama mereka di PMPL MYSGPH S5. Boleh dikatakan line up yang mereka bawakan memiliki performa yang luar biasa. Banyak kali kekalkan konsistensi dalam permainan, akhirnya TABAH NSEA berjaya dapatkan slot di 31st SEA Games.

Sumber: Negeri Sembilan Esports Association – Nsea
Sumber: Negeri Sembilan Esports Association – Nsea

Bagi memastikan mereka mampu berikan saingan yang tinggi kepada pasukan Asia Tenggara yang lain di SEA Games, pasukan itu telah pun membawa masuk salah satu pemain yang banyak kali mencipta sejarah dalam kompetitif PUBG Mobile iaitu Jumper.

Pada 15 Mac yang lalu, Muhammad “Jumper” Izzrudin Hashim telah menghadiri majlis minum petang bersama dengan Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun di Klana Resort, Negeri Sembilan. 

Kehadiran Jumper & barisan pemain TABAH NSEA yang lain adalah untuk meraikan mereka yang akan membawa nama Malaysia di SEA Games. Majlis itu turut disertai oleh Soloz, Daddyhood & beberapa lagi individu dalam komuniti e-sukan. 

Sumber: Negeri Sembilan Esports Association – Nsea

Kemasukan Jumper di dalam roster TABAH NSEA di SEA Games akan berikan lagi impak dalam pasukan itu. Dengan pengalaman yang ada pada Jumper sepanjang karier beliau dalam kompetitif PUBG Mobile mampu membantu pasukan Malaysia dapatkan emas di SEA Games nanti. 

Semoga maju jaya buat TABAH NSEA & Geek Fam yang akan berentap di SEA Games pada Mei ini. MESF menyasarkan e-sukan ini sebagai salah satu tajuk permainan yang akan membawa pulang emas untuk Malaysia!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *