MEMUAT

Taip untuk mencari

PMPL MYSGPH S5: Bermula 23 Mac, musim PMPL akan segera bermula!

atq_hyprgame
Kongsi

Musim baru PMPL MYSGPH S5 akan bermula pada 23 Mac ini yang dijangka akan berjalan seiring dengan PMPL Asia Tenggara yang lain. Untuk PMPL kali ini, selain daripada kemasukan Philipines ke dalam PMPL MYSG, format yang baru juga akan hadir! 

Banyak lagi informasi yang belum diberikan oleh PUBG Mobile Esports Malaysia terutamanya tentang format baru yang akan diperkenalkan. Dikatakan bahawa format kali ini lain daripada musim yang sebelum ini. Mungkin ia merupakan satu perubahan baru dalam PMPL pada kali ini dengan adanya format baru untuk pastikan usaha untuk menambahbaik PMPL sentiasa ada.

Seperti biasa, masuk sahaja musim baru, akan ada pembahagian kumpulan bagi kesemua 20 pasukan PMPL MYSGPH S5. Tarikh pembahagian kumpulan ini dijangka akan diadakan pada 13 Mac ini. Ini mengikut tarikh dari PMPL ID. Kebiasaannya, semua PMPL akan dijalankan serentak begitu juga dengan tarikh pembahagian kumpulan.

Sumber: Hyprgame

Buat masa sekarang, daftar lengkap pasukan PMPL MYSGPH S5 masih lagi belum diumumkan di laman rasmi PUBG Mobile Esports Malaysia. Untuk roster lengkap, banyak organisasi e-sukan yang sudah mengumumkan roster mereka.

Ada beberapa tempat kosong dalam barisan roster PMPL MYSGPH S5 seperti kedudukan pasukan Whales Esports (WES). Adakah pasukan itu akan diambil alih oleh BiuBiu & menggantikan nama mereka kepada Genexus? 

PMPL MYSGPH 2022 Spring bekerjasama dengan realme!  

Sebelum ini, Xiaomi Malaysia telah pun menandatangani kerjasama bersama dengan PUBG Mobile. Kini, PUBG Mobile membawa masuk kerjasama baru bersama dengan realme sebagai partner rasmi untuk smartphone bagi PMPL pada musim ini!

Mungkin hanya kerjasama smartphone sahaja yang berubah. Tetapi, kerjasama di antara WeTV & Yoodo sebagai media & telko untuk PMPL MYSGPH S5 masih lagi sama seperti sebelum ini. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Format PMPL lebih adil dari sebelum ini? 

Bercakap tentang format PMPL pada musim ini, bukan MYSGPH sahaja yang akan berubah format tetapi untuk PMPL Asia Tenggara yang lain. Dikatakan bahawa PMPL pada musim ini tidak akan ada Super Weekend. Tapi, format rasmi masih lagi belum diumumkan.

Mengambil dari livestream pemain SEM9.GANK, ManParang, beliau ada menyatakan perasaan teruja untuk memulakan PMPL pada musim ini kerana formatnya yang berbeza dan lebih adil mengikut dari penilaian beliau.

“Format PMPL kali ini lebih menarik, mencabar, adil & saksama. Tidak akan ada pelanggaran dropspot atau pelanggaran pasukan sebab semua akan fokus. Semua perlawanan adalah penting sehingga ke akhir permainan. Untuk fomat yang sekarang, tiada lagi “nothing to lose”. Semua penting.”

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *