MEMUAT

Taip untuk mencari

TABAH NSEA juara PUBG Mobile Esports Hari Wilayah 2022

atq_hyprgame
Kongsi

Fiesta Esport Hari Wilayah 2022 telah membawa 2 kategori e-sukan yang dipertandingkan di kejohanan tersebut seperti PUBG Mobile & E-Bola. Ia merupakan kejohanan yang diperkuatkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan di bawah #KeluargaMalaysia.

Sepanjang kejohanan itu berlangsung, Axis Esports merupakan platform utama yang bersiaran langsung & berikan informasi dari pusingan kelayakan sehingga peringkat akhir. Semua informasi yang diperolehi adalah melalui Facebook Axis Esports.

Sumber: Axis Esports
Sumber: Axis Esports

Bagi kategori PUBG Mobile, hanya terdapat satu kategori iaitu skuad. Tiada kategori solo yang dipertandingkan. Manakala untuk E-Bola, terdapat 4 kategori yang dipertandingkan. Antaranya adalah FIFA PROCLUB 11vs11, FIFA 1vs1, PES TEAM LOBBY 11vs11, PES 1vs1 & PES MOBILE

Peringkat akhir bagi PUBG Mobile Esports Hari Wilayah 2022 diadakan sepenuhnya secara offline di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Emi & Soultan adalah 2 caster utama yang melengkapkan peringkat akhir kejohanan PUBG Mobile Esports Hari Wilayah 2022!

Sumber: Axis Esports
Sumber: Axis Esports

Beza 1 mata dengan Farang Lejund, TABAH NSEA rebut juara! 

Kejohanan PUBG Mobile bagi Fiesta Esport Hari Wilayah 2022 menawarkan kumpulan hadiah sebanyak RM 5,000. Terdapat 18 pasukan yang mengikuti kejohanan tersebut di mana 7 daripadanya adalah pasukan jemputan yang mara terus ke peringkat akhir yang diadakan semalam, 22 Februari.

7 pasukan jemputan di PUBG Mobile Fiesta Esport Hari Wilayah 2022 terdiri daripada pasukan PMPL MYSGPH S5 seperti TABAH NSEA, VXM MAB, RSG MY, 4Rivals Alliance, Axis RedOne, HomeBois & Team Haq. 

Walaupun Farang Lejund juga adalah pasukan di PMPL MYSGPH S5, tetapi mereka bermain melalui pusingan kelayakan bersama dengan 64 pasukan yang lain. Melihat dari prestasi Farang Lejund sendiri, mereka boleh jadi pencabar utama di PMPL MYSGPH S5. 

Sumber: Axis Esports
Sumber: Axis Esports

Bukan sahaja menunjukkan prestasi yang baik di scrim, di kejohanan ini juga Farang Lejund hanya membezakan 1 sahaja mata untuk berada di kedudukan pertama, melepasi TABAH NSEA. Tetapi tidak ada rezeki untuk mereka menjuarai PUBG Mobile Esports Hari Wilayah 2022. 

Sepanjang kejohanan peringkat akhir PUBG Mobile berlangsung, TABAH NSEA merupakan pasukan yang sangat konsisten dari segi placement point. Mereka juga berjaya mengutip 2 Chicken Dinner. Mata kedudukan & penyingkiran mereka tidak banyak beza dengan Farang Lejund kerana kedua-dua pasukan ini menjadi satu-satunya pasukan yang mencecah 80 mata.

Untuk juara Invitational PUBGM sempena Fiesta Esport Hari Wilayah 2022, TABAH NSEA akan membawa pulang sebanyak RM 2,500. Pasukan yang menduduki tempat 8 terbaik di peringkat akhir akan mendapat sebahagian daripada kumpulan hadiah yang ditawarkan!

Tahniah buat pasukan TABAH NSEA & semua pasukan PMPL MYSGPH S5 yang menyertai kejohanan ini. Ia satu permulaan yang baik sebelum PMPL membuka arena mereka tidak lama sahaja lagi!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya