MEMUAT

Taip untuk mencari

Pre PMPL S5: Pemain ke-6! SEM9.GANK akan ada penambahan roster

atq_hyprgame
Kongsi

Terbaru, organisasi e-sukan, SEM9.GANK telah mengumumkan bahawa mereka akan membuat penambahan dalam roster di PMPL MYSGPH S5. Buat masa kini, tiada informasi lanjut mengenai pemain ke-6 tersebut tetapi ada beberapa spekulasi & khabar angin! 

Seperti biasa, menjelang musim baru, semua pasukan bersiap sedia untuk mempersiapkan unit mereka bagi menghadapi pembukaan arena PMPL. Kita akan lihat banyak pemain yang berpindah dari satu organisasi ke satu organisasi yang lain. 

Cuma untuk PMPL MYSGPH S5, auranya lebih berbeza kerana banyak rombakan besar yang berlaku. Boleh dikatakan PMPL kali ini lebih kepada “fresh start” di mana ada penambahan negara dalam arena MYSG iaitu Philippines & pengambilalihan pasukan.

Sumber: SEM9 GANK

SEM9.GANK akan ada penambahan dalam roster mereka 

Dalam video TikTok yang dimuatnaik oleh organisasi e-sukan itu sendiri, ManParang ada menyatakan bahawa mereka akan ada penambahan pemain untuk musim ini. Selepas dari pengumuman tersebut, Jumper & Stoned adalah 2 pemain yang hangat diperkatakan yang bakal mengisi slot pemain ke-6 SEM9.GANK.

Selepas pengumuman pengeluaran Jumper dari Team Secret, 4Rivals Alliance juga mengumumkan bahawa mereka telah melepaskan Stoned dari pasukan tersebut. Stoned yang pernah berada dalam line up 4Rivals Alliance kini rasmi sebagai free agent. 

Sumber: 4Rivals

Ramai yang menjangkakan bahawa Stoned akan sertai SEM9.GANK kerana beliau banyak kali menjalani scrim bersama dengan pasukan itu. Malah, beliau juga pernah bermain bersama roster SEM9.GANK ketika pasukan itu menyertai kejohanan kecil. 

Dengan kekerapan Stoned bermain bersama SEM9.GANK, tidak mustahil Stoned salah satu calon yang akan melengkapkan slot pemain ke-6 SEM9.GANK. 

Jumper akan bermain semula bersama SEM9.GANK? Atau 4Rivals Alliance?

Sebelum ini, Jumper pernah bersama dengan roster SEM9.GANK (Yoodo GANK) iaitu Draxx & ManParang pada awal musim PMPL. Kalau bercakap tentang chemistry, mereka memang sudah memiliki chemistry yang baik. Jumper juga pernah bermain scrim bersama dengan line up SEM9.GANK yang kini seperti Putra, Bravo & Dep.

Rata-rata dari komuniti PUBG Mobile Malaysia juga merasakan bahawa Jumper adalah salah satu pemain yang akan melengkapkan slot pemain ke-6 SEM9.GANK. Selepas pengeluaran Jumper dari Team Secret, banyak khabar angin tentang ke mana hala tuju Jumper selepas ini. Tapi, adakah Jumper akan kembali semula ke pasukan lama beliau?

Sumber: Team Secret

Ada juga yang mengatakan bahawa beliau akan sertai 4Rivals Alliance & Axis Esports. Beliau juga banyak kali bermain dengan 4Rivals Alliance lebih-lebih lagi Pemburu ketika midnight scrim. Jadi, khabar angin tentang Jumper akan ke 4Rivals Alliance agak relevan. Buat masa kini, itu hanyalah khabar angin. Tetapi boleh jadi ianya benar.

Walaupun 4Rivals Alliance sudah lebih dari cukup kalau bercakap soal pemain & kekuatan terutamanya IGL, mungkin khabar angin itu boleh ditepis. Tetapi, yang paling memerlukan IGL pada ketika ini adalah Axis Esports. Selepas pengeluaran Vokey dari pasukan itu, roster mereka masih lagi belum jelas.

Adakah Jumper akan lengkapkan roster Axis Esports di PMPL MYSGPH S5? Atau beliau akan bermain untuk SEM9.GANK? Atau Axis Esports?

Jangka masa bagi transfer window masih lagi lama 24 Januari sehingga 20 Februari. Dalam tempoh tersebut, semua organisasi e-sukan boleh mengunci roster mereka menjelang PMPL MYSGPH S5.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *