MEMUAT

Taip untuk mencari

Pasukan 4Rivals no 4 teratas di SW1D1

Kongsi
Pasukan 4Rivals no 4 teratas di SW1D1

Hari pertama bagi Super Weekend 1 Day 1 merupakan perlawanan yang baik buat pasukan 4Rivals, mereka berjaya mendapatkan tempat ke 4 di hari yang pertama. Walaupun tidak mendapat tempat pertama itu tidak menunjukkan yang mereka akan kekal di bawah.

Pasukan 4Rivals telah menunjukkan permainan yang cukup baik semasa di SW1D1, walaupun pasukan 4Rivals tidak dapat menonjol di map yang ke 2 dan ke 5, tetapi mereka berjaya meletakkan diri di tempat 4 teratas dalam carta.

Sumber : PUBG Mobile Esport

Pasukan 4Rivals kini memungut sebanyak 44 mata dan 18 mata berbeza dengan tempat pertama yang dipegang oleh pasukan STE. Manakala pasukan Secret berada di tempat ke 9 dengan 37 mata, tidak ketinggalan jauh dari pasukan-pasukan di atas. Kedua-dua pasukan kita masih boleh berada di no 2 teratas, masih berbaki 2 hari lagi untuk pasukan-pasukan ini mengajar mata keseluruhan.

Pasukan 4Rivals juga membuat satu kejutan, apabila salah seorang pemain mereka 4Rivals Rith telah meratakan pasukan Nigma dan TJB semalam. Pelbagai reaksi daripada pengulas yang terkejut dengan permainan agresif yang ditunjukkan oleh Rith.

Credit : YT Pencil Robot

Siapa sahaja akan terkejut hanya seorang pemain dapat menewaskan dua pasukan yang dianggap terkuat di kejohanan PMGC ini. Rith yang  maju kehadapan untuk menghabiskan pasukan Nigma secara sendirian dan beliau dengan bermodalkan bom tangan meratakan 3 pemain daripada pasukan Tong Jia Bao.

Mempunyai pemain-pemain yang berkualiti dan konfiden yang tinggi semestinya memberi peluang untuk menjadi juara dunia dan itulah yang terjadi kepada pasukan 4Rivals. Semoga pasukan 4Rivals dapat mengekalkan konsistensi dalam pencarian mata sepanjang kejohanan ini berlangsung, masih berbaki 10 maps lagi untuk dimainkan di Super Weekend 1.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya