MEMUAT

Taip untuk mencari

Battlefield 2042 Game paling teruk di Steam?

Kongsi
Battlefield 2042 Game paling teruk di Steam?

Memang tak terduga, selepas pelancaran permainan perang yang di idamkan ramai ini mendapat rating yang paling teruk di dalam carta Steam. Permainan video Battlefield 2042 berada di senarai “HALL OF SHAME” seminggu selepas pelancaran rasminya di Steam Store.

Permainan pertempuran di masa depan ini sungguh mengecewakan peminat-peminatnya, selepas pihak developer melancarkan permainan yang dianggap “belum siap” ini kepada umum. Rata-rata mengatakan pihak Dice dan Electronic Arts hanya ingin memperoleh keuntungan berbanding memberi impak permainan yang menarik kepada pemain.

Menurut carta Steam “HALL OF SHAME” Battlefield 2042 telah turun ke tempat yang ke 19 dari tempat yang ke 9. Menunjukkan lagi permainan ini amat tidak berbaloi dan tidak memuaskan untuk dimainkan.

Credit to : YT Esport Talk

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pemain yang meninggalkan review yang positif untuk permainan ini. Walaupun ianya teruk tetapi masih boleh dimainkan secara beramai-ramai, cuma permainan ini mempunyai grafik yang belum siap serta terdapat banyak pepijat di dalam permainan ini.

Battlefield 2042 ini boleh dimainkan di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, X|S dan PC melalui Steam. Komuniti mengharapkan supaya pihak developer membaik pulih permainan ini dan melakukan sesuatu untuk memenangi hati peminat semula. Harga bagi memperoleh permainan ini 59.99 USD bersamaan RM 253.82, harga yang tinggi tetapi tidak berbaloi untuk pengalaman dan kualiti permainan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya