MEMUAT

Taip untuk mencari

Hari yang baik buat pasukan Bigetron Red Alien

atq_hyprgame
Kongsi

Permulaan dan pembukaan yang baik buat pasukan Bigetron Red Alien di peta erangel apabila mereka berjaya mendapatkan chicken dinner yang pertama di hari ke 2 superweekend. Uhighboy beraksi dengan cemerlang dan berjaya mendapatkan 6 mata singkir untuk dirinya di pusingan pertama.

Sumber : PUBG MOBILE

Manakala buat pasukan 4rivals mereka sedikit kurang bernasib baik di perlawanan yang ke dua apabila pasukan mereka terkeluar sedikit awal selepas pemain tunggal mereka iaitu 4RVLrithall berjaya ditumpaskan oleh pemain dari pasukan Deadeyes Guys.

Perlawanan pusingan ke 3 menjadi sedikit tumpuan bagi meyaksikan perebutan kompaun dari pasukan Bigetron RA dan juga Nova Esport di Pai Nan. Pasukan BTR berjaya meratakan pasukan Nova Esport dan kehilangan seorang pemain mereka iaitu Uhighboy.

Walaupun tersingkir awal di pusingan ke 4, pasukan Bigetron RA berjaya mendapatkan kembali rentak dan momentum mereka di pusingan terakhir  apabila berjaya memperolehi kemenangan yang ke 2 buat pasukan mereka di SW3D2. 

Dengan aksi yang begitu cemerlang ditunjukkan oleh pasukan Bigetron RA, pasukan ini berjaya melonjak naik ke tangga ke 12 dengan pungutan mata sebanyak 210 mata secara keseluruhan.

Sumber : PUBG MOBILE

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *