MEMUAT

Taip untuk mencari

PMGC 2021: Beryl Scope 4 Nova Jimmy memang paling OP, no recoil!

atq_hyprgame
Kongsi

Hari Pertama Liga Timur PMGC 2021 buka sahaja semua pasukan dari China dah mula tunjukkan kualiti permainan yang sebenar. 

Ketiga-tiga pasukan China; TBJ, STE & Nova Esports tidak berhenti memberikan tekanan buat pasukan-pasukan lain terutamanya pasukan Nova Esports.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Nova Esports, pasukan yang pernah mendapatkan kejuaraan di PMGC S0 merupakan salah satu pencabar utama di Liga Timur PMGC 2021. 

Di  perlawanan ketiga semalam, Nova Esports berjaya mendapatkan Chicken Dinner dengan hanya memilik 2 pemain yang tinggal di dalam permainan.

Sumber: PUBG Mobile Esports

Harus diberi pujian kepada pemain pasukan Nova iaitu NV Jimmy. Seperti yang sedia tahu, pengawalan recoil yang baik adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dalam PUBG Mobile. 

Dan, NV Jimmy mampu memberikan ekspetasi yang lebih apabila beliau menjatuhkan 2 pemain dari pasukan The Infinity dengan menggunakan Beryl Scope 4!

Beryl M762 Scope 4 yang digunakan oleh NV Jimmy memang antara yang paling OP! Itu merupakan highlights utama di pusingan ketiga semalam.

Bukan senang untuk gunakan senjata short distance dengan pengawalan recoil yang baik kerana recoil M762 memang besar. Selain itu, Beryl juga antara senjata yang boleh dikatakan berat.

Tetapi NV Jimmy mengejutkan arena apabila beliau mendapatkan Chicken Dinner buat pasukannya dengan penggunaan Beryl M762 Scope 4 yang sangat cemerlang!

Sumber: PUBG Mobile Esports

Kemampuan yang ada pada pasukan China sememangnya luar biasa. Mereka bukan sahaja mempunyai cara permainan yang baik, laju dan kemas tetapi bijak ketika membuat farming. 

Jarang untuk dilihatkan pasukan China melakukan overpeak sehingga membuatkan mereka terkorban. Kebanyakan yang mati awal adalah disebabkan oleh tekanan di pelbagai arah. 

Hari ini merupakan hari penentuan 16 pasukan terbaik yang akan mara ke Super Weekend yang akan berlangsung pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad ini.

Pasukan manakah yang akan mara ke Minggu Pertama Hari Pertama Super Weekend di Liga Timur?

Nova Esports berjaya menamatkan Hari Pertama Liga Timur PMGC 2021 di tempat kedua, 1 Chicken Dinner dengan 62 mata secara keseluruhan. Berikut merupakan mata keseluruhan 20 pasukan di Liga Timur:

Sumber: PUBG Mobile Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *