MEMUAT

Taip untuk mencari

Team Secret harus diberikan perhatian nanti -4RivalsJoker

Kongsi
Team Secret harus diberikan perhatian nanti -4RivalsJoker

Sebelum ini satu wawancara telah dibuat oleh pihak kami terhadap pengurus pasukan 4Rivals, yang akan bertanding di kejohanan PMGC 2021 nanti. Dikenali sebagai 4RivalsJoker atau nama sebenarnya Ridhwan Idris telah menguruskan pasukannya itu untuk sekian lamanya dan berjaya membawa pasukan itu ke pentas dunia.

Ini merupakan kali pertama 4Rivals jejakkan kaki di pentas globa/dunia. Apa perasaan korang dapat sampai ke tahap ini?

4RivalsJoker : Perasaan kami tak boleh diungkap dengan kata-kata, sebab ini adalah pentas terakhir dan pentas pasukan best of the best dunia berkumpul. So, 4Rivals dapat layak sampai ke tahap ini memang sangat unbelievable. Tetapi apa yang kami usaha dan buat selama ini, memang untuk sampai ke tahap ini membuatkan kami happy.

Adakah Stoned akan kekal sampai pmpl s5 atau sekadar stand in di PMGC 2021 ?

4RivalsJoker : Stoned adalah backup plan kita orang sebabnya untuk PMPL MY/SG, SEA dan ke PMGC 2021. Kami mempunyai sedikit kesulitan pada awal season, dimana ayen (ironpro) dah keluar dari pasukan pada hari terakhir transfer window. So, kita hanya kekalkan 4 orang dan berbincang untuk mengambil pemain simpanan iaitu Stoned di peringkat PMGC 2021.

Macam mana korang kekalkan konsistensi, semangat dan motivasi di setiap perlawanan ?

4RivalsJoker : Sebenarnya pasukan 4Rivals ini dari PMPL musim ke 2,3 dan 4 pasukan ini adalah pasukan yang konsisten di Liga PMPL. Bagi mengekalkan konsistensi, kami hanya kerap memberikan motivasi dan sekiranya mempunyai masalah kami akan cepat-cepat membincangkan perkara tersebut. Selepas sahaja match selesai, kami akan berbincang di dalam bilik saya sama ada untuk mengekalkan sistem yang sama atau menukar sistem yang sewajarnya bagi mendapatkan momentum yang lebih baik.

Pasukan mana yang korang rasa paling kuat dan harus diberikan perhatian di PMGC Finals nanti ?

4RivalsJoker : Semua pasukan di tahap ini merupakan pasukan yang terkuat, mereka tidak akan berada di pentas dunia sekiranya mereka tidak kuat. Tetapi kami lebih tertumpu kepada pasukan dari Malaysia juga iaitu Secret kerana mereka konsisten di setiap kejohanan rasmi dan mereka juga mampu memberikan tantangan yang kuat kepada kami.

Setakat ini, macam mana persiapan 4Rivals untuk ke PMGC? Adakah korang sediakan rutin yang sama macam di scrims? Atau korang ada cuba benda-benda baharu untuk dibawa ke PMGC nanti ?

4RivalsJoker : Setakat ini 4Rivals telah melakukan bonding pasukan sejurus tamat kejohanan yang dimainkan. Pemain akan diberikan cuti dan fokus kepada bonding antara sesama sendiri, sebab saya percaya bonding pasukan mempengaruhi prestasi pasukan dan bukan di luar sahaja malah di dalam permainan juga kita perlu mempunyai talian dan hubungan yang baik antara satu sama lain. Pasha selaku jurulatih juga telah melakukan study dan akan memberikan satu strat baharu kepada pemain.

Untuk PMPL S5 nanti, adakah Vokey bakal diserap sebagai pemain 4Rivals ?
4RivalsJoker : Bagi PMPL s5 nanti, akan ada tambahan pemain bagi pasukan 4Rivals. Sama ada Stoned atau Vokey akan menjadi salah satu pemain tetap sama-sama kita nantikan. Tetapi yang pasti, pasukan 4Rivals akan menjadi lebih kukuh dan kuat dari sebelum ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya