MEMUAT

Taip untuk mencari

Skylightz Gaming muncul juara BGIS musim pertama.

Kongsi
Skylightz Gaming mewakili India di PMGC 2021

Pasukan Skylightz Gaming berjaya melayakkan diri ke kejohanan PMGC 2021, selepas mereka menjadi juara di kejohanan BGIS baru-baru ini. Mereka berjaya memperolehi sebanyak 273 mata meninggalkan pasukan TSM yang berada di tempat ke 2 dengan 270 mata sahaja di belakang.

Battlegrounds Mobile India Series 2021 (BGIS) merupakan kejohanan pertama yang dilakukan oleh PUBGM India, kejohanan ini di organized oleh Krafton dan disponsor oleh IQOO syarikat telefon pintar di India. Kejohanan ini telah menawarkan sebanyak $134,301 USD hadiah terkumpul bagi pasukan-pasukan yang ikut bertanding.

Pasukan Skylightz merupakan pasukan yang mempunyai rekod yang baik sebanyak bertanding di beberapa kejohanan rasmi PUBG Mobile India. Meskipun, tidak menjuarai mana-mana kejohanan sebelum ini, pasukan SkyLightz Gaming berjaya membuahkan hasil dengan menjuarai BGIS musim pertama dengan membawa pulang sebanyak $67,479 USD.

Pasukan Skylightz Gaming di anggotai oleh : 

  • Samuraj – Saumya Raj
  • Ronak – Harpreet Singh Janjuha
  • GamlaBoy – Tushar Das
  • Pukar – Pukar Singla
  • Destro – Ammar Khan 
BGIS Winner
Credit : Moroesports.com

Saumraj selaku ketua pasukan Skylightz Gaming telah memperoleh dua gelaran (The Lone Ranger & The Rampage Freak) menunjukkan beliau pemain yang berkualiti dan kuat sepanjang kejohanan ini berlangsung. Menunjukkan mereka pasukan yang berkualiti di India dengan permainan yang ditunjukkan serta kebolehan individual yang sangat tinggi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *