MEMUAT

Taip untuk mencari

Sah! Yoodo Alliance penaja 4Rivals

Kongsi
Sah! Yoodo Alliance penaja 4Rivals

Selepas desas dusus mengatakan bahawa Yoodo Alliance merupakan penaja rasmi buat 4Rivals akhirnya telah terungkap hari ini. Secara rasminya pasukan 4Rivals telah ditaja oleh YoodoAlliance bagi pasukan Pubg Mobile mereka, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial dan di dalam komuniti apabila satu gambar yang menunjukkan pemain 4Rivals sendiri iaitu Rith sedang memakai jersey baharu mereka yang terdapat logo YoodoAlliance di bahagian dada kanannya.

Credit : FB The Alliance

Pasukan Yoodo Alliance 4Rivals akan bertanding di kejohanan PMGC 2021 East pada 30hb November, Esok.

Pasukan Yoodo Alliance 4Rivals akan diwakili oleh :

  • Sahrul Daulay “Pemburu”
  • Muhammad Harith Aimar “Rith”, 
  • Mohamad Saiful Anuar “Eypul”, 
  • Haziq Hanafi “Appy” 
  • Joshtone Chin Tze Pei “Stoned”

4Rivals juga mempunyai pengurus mereka Ridhwan Idris “Joker” yang telah menguruskan pasukan hingga ke peringkat Global dan tidak lupa juga jurulatih mereka Muhammad Nur Azmi “Pasha” yang telah membantu pasukan dari segala hal formasi dan performance pemain.

Sebelum ini, Yoodo Alliance telah mengumumkan bahawa pasukan PUBG Mobile mereka TG Ares tidak lagi ditaja oleh mereka, ke semua pemain telah pulang ke rumah masing-masing selepas tamat PMPL MY/SG musim ke 4.

Walau bagaimanapun, pasukan 4Rivals akan kekal dengan nama pasukan mereka walaupun telah berkolaborasi dengan Yoodo Alliance. Kemungkinan pemain-pemain ini akan berpindah ke Gaming House YoodoAlliance yang bertapak di Petaling jaya. Tahniah buat Yoodo Alliance dan 4Rivals atas kolaborasi ini, semoga maju jaya buat mereka.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya