MEMUAT

Taip untuk mencari

Geek Qb akan ke pasukan Bigetron ION ?

Kongsi

Ahmad Syafiq Imran atau lebih dikenali sebagai Qb dikaitkan dengan penglibatan beliau bersama pasukan daripada Indonesia iaitu Bigetron ION. Qb sebelum ini telah membuat peminat-peminatnya tertanya-tanya berkenaan status beliau bersama pasukannya Geek Fam.

Sebelum ini Qb dikatakan telah memberi hint seakan-akan beliau akan meninggalkan pasukan itu dan ada juga khabar angin bahawa beliau akan bertukar ke pasukan yang lainnya. Tetapi organisasi Geek Fam masih lagi belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan status Qb dalam pasukan itu.

Di ruangan komen Instagram Qb terlihat pemain daripada pasukan Bigetron ION, btr_fajar telah menulis “please welcome” dan Qb hanya membalas emoji “keep quite” seakan-akan tidak mahu perkara itu tersebar sebelum diumumkan secara sah dari pihaknya. 

Sumber : Insta geekqb

Peminat juga tertanya adakah klu yang diberikan oleh QB berkenaan logo berwarna merah tertuju kepada pasukan Bigetron ION. Seperti sebelum ini uHigh juga memberi hint yang sama kepada peminatnya berkenaan pasukan yang mempunyai tema warna merah.

Pelbagai tanda tanya yang ditinggalkan oleh pemain pasukan Geek Fam ini, dan membuatkan peminat-peminatnya membuat pelbagai spekulasi arah tujuan Qb selepas ini. Sebelum ini Qb juga terkait dengan khabar angin yang mengatakan bahawa beliau dan Mica akan ke pasukan Homebois.

Mica merupakan bekas pemain pasukan UEA Project (Ultimate Esport Academy). Walaupun beliau tidak dilihat di kejohanan rasmi tingkat atas, tetapi nama beliau menjadi sebutan di dalam komuniti disebabkan kualiti permainan individual yang ditunjukkannya.

Kemanakah arah tuju sebenar Geek Qb selepas ini?, adakah beliau akan ke pasukan Homebois ataupun pasukan Bigetron ION dan menetap di sana mengikuti jejak langkah 2 pemain Malaysia yang menyertai Bigetron Red Aliens.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *