MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Todak Apprentice, Cari Pelapis Baharu MLBB

ai hyprgame
Kongsi
Todak Apprentice,Cari Pelapis Baharu MLBB

Baru-baru ini Todak telah memuatnaik satu hantaran berupa pengumuman tentang program Todak Apprentice 2022 yang kini dilancarkan oleh organisasi ini.

Kredit : Todak Gaming

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Todak di Youtube rasmi mereka, Todak kini sedang mencari pelapis baharu bagi arena esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang.

Todak Apprentice adalah satu inisiatif untuk mencari pelapis baharu dunia esukan Mobile Legends Bang Bang sekaligus untuk membuka peluang kepada mereka diluar sana yang ingin berkecimpung didalam arena kompetetif ini.

Tidak hanya fokus kepada pembentukkan bakat individu sahaja, malahan kepada pemain MLBB yang ingin bersaing di peringkat kompetetif tempatan mahupun antarabangsa.

Kredit : Todak Gaming

Menerusi Todak Apprentice, mereka sedang mencari 14 pasukan daripada 14 negeri di Malaysia untuk mendaftarkan pasukan masing-masing menyertai Todak Apprentice.

Kesemua 14 pasukan yang terpilih akan dilatih oleh Todak Apprentice bagi melahirkan pemain ataupus pelapis yang boleh bermain secara kompetetif.

Pelbagai kelebihan akan ditawarkan kepada pasukan-pasukan yang terpilih menjadi sebahagian Todak Apprentice seperti “Weekly Scrims” yang disertakan dengan hadiah lumayan, hadiah bulanan dan juga berpeluang untuk menjadi pemain baharu profesional MPL.

Jadi jangan lengahkan masa anda lagi, inilah peluang anda untuk menyerlahkan bakat, menambahkan skill, pengetahuan serta menimba pengalaman berguna menerusi program ini.

Bagi yang berrminat, anda hanya perlu klik pada pautan atau link google yang terdapat di bio Todak MLBB Facebook. Kemudian isikan nama anda dan maklumat lengkap di borang tersebut.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *