MEMUAT

Taip untuk mencari

Rainbow Six Siege Mobile, Versi Beta Dilancarkan

ai hyprgame
Kongsi
Rainbow Six Siege Mobile, Versi Beta Dilancarkan

Beberapa hari yang lalu komuniti esukan di hampir seluruh dunia mendapat perkhabaran tentang Rainbow Six Siege Mobile, Beta Closed telah pun dilancarkan pada 12 September 2022.

Kredit : Rainbow Six Siege

Kali ini syarikat pembinaan permainan video telah membawakan versi baharu Rainbox Six Siege iaitu Rainbow Six Siege Mobile yang kini telah pun berasa di fasa Closed Beta.

Sepetri versinya yang terdahulu, umum telah ketahui yang permainan ini berlatarbelakangkan “Multiplayer Online Shooter.” dan sangat popular dalam kalangan komuniti esukan.

Kredit : ExxotikGaming

Permainan ini boleh dimainkan secara percuma dan membenarkan 5 orang berlawan dengan 5 orang lagi ketika pertempuran. Jadi jika anda belum mencubanya, inilah masanya!

Setakat ini versi Beta telah dilancarkan di 7 kawasan iaitu Kanada, US, Mexico, Brazil, Singapura, Filipina dan juga India. Ianya boleh diakses melalui Google Play secara ekslusif hanya menggunakan Android. Daftar kan diri amnda di Google Play dan tunggu arahan selanjutnya.

Jangan khuatir buat pengguna IOS kerana anda masih boleh menyertai projek Beta ini dengan mendaftarkan diri bagi pengemaskinian fasa ujian seperti yang tertera di website Rainbow Six Siege.

Menerusi videogamer.com, versi mobile ni menawarkan Classic Attack vs Defense dimana anda akan berada di mod penyerang (Attacker) atau Pertahanan (Defender) didalam 5v5 match. Jadi ia menuntut anda untuk bekerjasama didalam satu skuad dengan menggunakan kemahiran unik didalam operasi untuk memenangi pertempuran.

Terdapat 16 “Operators” dialam versi Beta ini termasuk Ash , Sledge, Twitch, Thermite, Hibana, Ying, Glaz, Thatcher dan banyak lagi. Fasa ini juga akan mengandungi format seperti versi terdahulu seperti Alpha dengan alatan seperti Bomb dan berada di mod ” Secure Area” termasuk Bank dan Border Maps.

Ubisoft juga menambah kandungan baharu dan ciri-ciri baharu yang lain termasuk “Operator Unlock” dan “Progession System” yang akan melengkapkan cabaran dan mendapatkan “Free Battle Pass.”

Setakat ini belum lagi ada apa-apa pengumuman lanjut dan lebih terperinci mengenai tarikh versi penuh akan dilancarkan. Ini kerana Ubisoft belum lagi membuka kawasan atau region lain untuk versi Beta ini.

Yang pastinya selepas versi Beta ini dilancarakn dengan lebih banyak di seluruh region, anda juga akan menikmati pertempuran di map baharu seperti Clubhouse sekaligus kemaskini “Streamlined” dan juga navigasi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *