MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Perbaiki Bug Jump-punch Kemaskini Akan Datang

ai hyprgame
Kongsi
Perbaiki Bug Jump-punch Kemaskini Akan Datang

Semalam PUBG Mobile telah mengumumkan untuk membuat pembaikan gangguan Bug di Jump-punch untuk kemaskini yang akan datang.

Kredit : Gaming On Phone

Jump-punch merupakan satu teknik yang digunakan didalam pertempuran PUBG Mobile untuk mengejutkan musuh dan merupakan helah “trick” popular digunakan oleh pemain arena kompetetif esukan ini.

Teknik ini juga merupakan salah satu Bug didalam permainan PUBG Mobile kerana boleh menyebabkan pemain lawan tidak dapat mendengar apa sahaja langkah pemain yang menyerang mereka. Secara automatik pemain yang menggunakan teknik “trick” ini akan berada didalam mod senyap ketika perlawanan PUBG Mobile.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini ramai komuniti esukan khususnya divisi PUBG Mobile mendapat perkhabaran yang PUBG Mobile akan memperbaiki Bug Jump-punch Trick di kemaskini yang akan datang.

Secara amnya, penggunaan Jump-Punch ini akan mengganggu permainan dimana karakter tersebut mampu membuat lompatan dan pukulan dengan serentak semasa berada diudara.

Malahan cara ini juga memberi kelebihan kepada pemain untuk mendarat dalam keadaan senyap dengan sepenuhnya termasuk bunyi tapak kaki juga tidak akan kedengaran.

Untuk pengetahuan anda, helah ini juga sering digunakan oleh pemain profesional, termasuk yang bersaing secara kompetetif didalam arena ini.

Game For Peace yang merupakan PUBG Mobile versi China juga telah mendapati yang pemain-pemain mereka tidak lagi dapat menggunakan trick ini kerana ianya sudah tidak berfungsi seperti sebelumnya.

Kredit : PUBG Mobile

Ini bermakna Game For Peace mungkin telah atau sedang berada difasa pembaikkan bug tersebut dan sudah tentu PUBG Mobile versi Global dan Battlegrounds Mobile India juga akan menghadapi perkara yang sama.

Oleh hal yang demikian, ramai diantara pemain PUBG Mobile mula membuat laporan berhubung isu ini apabila mereka disingkirkan ketika bermain secara tiba-tiba.

Kredit : PUBG Mobile

Tetapi apakah yang akan terjadi jika Jump-punch trick ini dihapuskan ataupun berada didalam tempoh penyelenggaraan didalam PUBG Mobile? Beri pendapat anda diruangan komen platform media sosial kami.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *