MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Kolaborasi Dengan Animasi Malaysia BoboiBoy

ai hyprgame
Kongsi
Kolaborasi Dengan Animasi Malaysia BoboiBoy

“Terbaik!” pasti ramai warganet sudah biasa mendengar perkataan ini apabila menonton siri animasi popular kanak-kanak iaitu BoboiBoy.

Malahan menerusi muatnaik hantaran video Youtube PUBG Mobile juga telah terlihat dengan sedikit hightlight grafik daripada siri animasi ini.

Inilah yang menyebabkan komuniti esukan kompetetif khususnya PUBG Mobile begitu teruja dengan Teaser tersebut.

Kredit : BoboiBoy

Akhirnya semalam sudah bertebaran di media sosial yang PUBG Mobile telah mengumumkan kolaborasinya bersama dengan siri animasi BoboiBoy tidak lama lagi.

Kenyataan ini juga dimuatnaik oleh platform media sosial BoboiBoy sendiri dan seperti tidak sabar untuk melihat pelbagai tawaran daripada kerjasama ini.

Kredit : Monsta Channel

Mungkinkah ada skin atau voicepack BoboiBoy sendiri sebagai karakter utama animasi ini? atau anda sukakan Tok Abah sebagai voicepack di Battlfield PUBG Mobile nanti?

Untuk pengetahuan anda, BoboiBoy merupakan karakter utama animasi BoboiBoy itu sendiri yang dikeluarkan oleh syarikat animasi Malaysia iaitu Animonsta Studios.  

Teaser berdurasi 16 saat di Youtube PUBG Mobile itu turut membawa satu tagline “Kuasa Tidak Mengenal Usia”, yang membawa maksud tidak ada batas mahupun perkara yang menghalang untuk kita bermain PUBG Mobile. Tua atau muda sesiapun boleh pergi bertempur jika mempunyai semangat. Apalah agaknya kuasa yang akan kita dapat ketika bermain dengan PUBG MobileXBoboiBoy ini ya ?

Setakat ini sebarang pengumuman berkenaan maklumat terperinci mengenai kolaborasi ini belum lagi diumumkan oleh PUBG Mobile. Tetapi komuniti esukan pasti akan menjangkan yang 3D Parachute BoboiBoy, skin set, kostum, tapi dan lain-lain lagi akan dilancarkan seiring kolaborasi ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *