Daripada RSG ke RSG Slate MY, Kini pasukan MPL MY S11 RSG Slate sudah mengumumkan Roster rasmi mereka bagi musim kesebelas ini. Seperti yang sudah kita ketahui, Rippo dan Zaed secara rasminya akan bermain dengan RSG Slate Malaysia pada musim baharu ini.
Malahan juara MPL Malaysia Musim Ke-7 ini juga tidak mahu ketinggalan jauh daripada pasukan sedia ada lagi dengan memperkemaskan pertahanan pasukan bersama pemain Indonesia iaitu Chr1sphobia dan EgM. Chr1sphobia pernah bermain buat pasukan Indonesia Co2Z Esports yang kini akan bertindak sebagai penganalisis pasukan bersama EgM.
Selain EgM yang pernah menyertai Roster MDL Musim Ke-5 lalu, RSG Slate MY turut dilengkapkan dengan Iris (EXP Lane), Izanami ( Middle), Rippo, Zaed, Linkezaa (Jungler), Leixia (Jungler), Dan Kuja (Jurulatih)
RSG Slate MY sebelum ini dikenali sebagai Resurgence, merupakan organisasi esport terkemuka Singapura yang telah membuka cawangan keduanya di Kuala Lumpur, Malaysia. Selain Mobile Legends Bang Bang MLBB, Organisasi ini juga telah menubuhkan divisi Malaysia yang pertama bagi pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile).
RSG Slate MY juga terkenal ketika kejohanan MY SG MPL musim ketujuh yang lalu bersama barisan pemain yang juga dikenali didalam dunia esukan kompetetif ini. Divisi ini pernah bermain dibawah nama pasukan BOSS Pusher dan kemudian bersatu semula dibawah nama RSG. Pada 1 Februari 2023 yang lalu, RSG
Pada 1 Februari 2023, RSG mengumumkan kerjasama mereka bersama dengan Slate Esports sekaligus membentuk nama RSG Slate. RSG Malaysia menukar nama kepada RSG Slate MY bagi divisi esukan kompetetif khususnya Mobile Legends Bang Bang di Malaysia.
Apakah penyertaan pemain import dan Roster yang dikemaskini ini akan memantapkan lagi permainan RSG Slate MY di pentas MPL MY S11?
Semoga kehadiran Rippo menguatkan mental untuk berhadapan dengan pasukan lain di MPL MY S11 sekaligus menggunakan kelebihannya sebagai King of taunting mampu mendominasi perlawanan kelak.
Setakat ini masih ada lagi pasukan Malaysia yang belum mengumumkan Roster lengkap mereka, Malahan tarikh acara MPL MY S11 ini akan diadakan belum lagi dipastikan.
Ikuti Hyprgame di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk update lebih lanjut!
Ikuti Funbet8 untuk peluang taruhan olahraga dan esports terbaru!