MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

3 Kemenangan Bersih Todak Di IESF Qualifier 2022

ai hyprgame
Kongsi
3 Kemenangan Bersih Todak Di IESF Qualifier 2022

Kejohanan IESF World Esports Championship 2022 telah pun berada di peringkat kelayakkan dan pasukan Todak yang menjadi wakil Malaysia berjaya meraih 2-0 berturut-turut sebanyak 3 kali menentang 3 legasi kuat Mobile Legends Bang Bang.

3 Kemenangan Bersih Todak Di IESF Qualifier 2022
Kredit : Ikuto00

Pasukan Todak berjaya menumpaskan Laos, Brunei, dan juga Vietnam di kejohanan dunia tersebut. Wakil Malaysia daripada Group A ini berjaya menyapu bersih ketiga-tiga match dan akan mara ke peringkat seterusnya.

Kredit : MESF

Manakala pasukan Myanmar pula berjaya menumpaskan Kemboja dengan mata 2-0, malahan mereka sekali lagi mendapatkan kemenangan kedua menentang Filipina dengan skor 2-0.

Dan ini menjadikan Malaysia (Group A), akan berlawan dengan pasukan Myammar (Group B) pada 18 September 2022 bagi pusingan akhir (Grand Finale Qualifier).

Jadi semua masih tertanya-tanya siapakah yang bakal merebut gelaran juara IESF 2022 nanti ? Saksikan IESF World Championship Bali 2022 peringkat Finale menerusi platform media sosial seperti Youtube dan TwitchTV nanti.

Untuk pengetahuan anda, prize pool terkumpul sebanyak $100,000 USD akan menjadi rebutan buat kesemua 8 pasukan yang akan mara ke pusingan finale IESF 2022 ini.

Peringkat Finale, akan bermula pada 6 Disember 2022 sehingga 10 Disember 2022 di Selatan Kuta, Bali (Indonesia). Adakah wakil Malaysia akan mara sehingga ke peringkat Finale nanti ? teruskan memberi sokongan dan semoga ada sinar buat mereka!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *