MEMUAT

Taip untuk mencari

COD Warzone Mobile Akan Menemui Anda 15 September Ini

ai hyprgame
Kongsi
COD Warzone Mobile Akan Menemui Anda 15 September Ini

Inilah dia berita yang ditunggu-tunggu oleh para penggemar permainan maya Call Of Duty Warzone di seluruh dunia. Akhirnya mereka telah membuat pengumuman akan melancarkan permainan ini pada 15 September 2022.

Kredit : Call Of Duty Warzone

“perkenalkan Call Of Duty : Warzone Mobile, permainan Call Of Duty baharu dengan kemajuan yang akan memberikan pengalaman permainan peranti mudah alih hebat.” – Warzone Mobile

Kredit : Warzone Mobile

Menerusi Teaser Youtube tersebut, Call Of Duty Warzone Mobile kali ini direka dengan begitu berbeza daripada siri sebelumnya iaitu Call Of Duty Mobile.

Untuk pengetahuan, Call Of Duty Warzone Mobile adalah permainan yang diambil daripada Call Of Duty Warzone PC. Ini bermakan komuniti Call Of Duty boleh mengakses permainan ini melalui peranti mudah alih android dan ios.

Selain itu, Call Of Duty Warzone Mobile ini juga akan menampilkan 120 pemain didalam satu permainan dan ianya dikhabarkan lebih sedikit berbanding dengan edisi PC.

Kredit : Call Of Duty Warzone Mobile

Tambahan lagi permainan ini akan menjadi genre Battle Royale yang berskala besar dengan kehadiran map Verdansk yang pertama dilancarkan buat Call Of Duty : Moden Warfare.

Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum pelancaran permainan ini dan nampaknya peminat sudah mula teruja dengan kualiti, kelajuan dan tawaran hebat daripada permainan ini.

Setakat ini, mereka boleh lagi mengumumkan lebih terperinci mengenai Cross-Play Filter di Warzone, jadi nantikan pada pelancaran permainan ini nanti di platform media sosial Call Of Duty.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *