MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

MPL MY HomeBois Umum MLBB Lineup Secara Rasmi

ai hyprgame
Kongsi
MPL MY HomeBois Umum MLBB Lineup Secara Rasmi

Seperti yang komuniti esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB seluruhnya sudah ketahui, HomeBois antara pasukan yang terawal menyerap masuk ramai pemain daripada luar negara seperti Filipina, Indonesia dan pemain daripada pasukan lain di Malaysia bagi melengkapkan Roster mereka di MPL MY S11 nanti.

Informasi ini semua sudah pun tersebar hampir di seluruh platform media sosial dunia esukan MLBB, Namun begitu HomeBois belum lagi memperkenalkan kesemua mereka secara rasmi menerusi akaun media sosial organisasi ini sendiri.

Semalam HomeBois telah mengumumkan dan memperkenalkan secara rasminya kesemua lineup mereka yang terdiri daripada Barbossa (Roamer), Sepat (EXPLANE), Chibii (Jungler), Anip (GoldLane), Dale (Coach), Saiful (Analis), Dan juga Vins (Manager).

Kesemua mereka akan bersaing untuk menjadi pasukan yang berpotensi di Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Professional League MPL MY S11 nanti. Mampukah Roster yang dikemaskini ini bersaing hebat dengan pasukan sedia ada yang lain? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

Daripada Filipina ke Malaysia, Steve Dale Vitug yang merupakan bekas pemain pasukan Falcon Esports Burma akan mengadaptasikan pengalaman dan kebolehannya ke dalam pasukan HomeBois. Manakala Barbossa atau nama sebenarnya Arya Al Nazhari daripada Indonesia menjadi pemain pinjaman daripada BTR ke HomeBois untuk menguatkan lagi divisi Malaysia ini.

Pasukan HomeBois merupakan pasukan Malaysia yang diperkenalkan oleh Nureddy Nursal (DaddyHood) sekaligus mempunyai kerjasama bersama Team Bosskurr juga. Malahan HomeBois sendiri merupakan team produksi pada asalnya dan bergiat aktif didalam divisi PUBG Mobile.

Pasukan Malaysia ini pernah mengikuti MPL MY S10 tetapi hanya berjaya menamatkan perlawanan mereka di babak playoff di lower bracket quarterfinal ketika itu.

Semoga dengan penyertaan pemain import didalam HomeBois dan lineup baharu yang dikemaskini ini dapat memberikan kelainan kepada divisi ini di MPL MY S11 nanti!

Peminat MLBB pastinya sudah tidak sabar menonton aksi mereka di MPL MY S11 nanti!

Ikuti Hyprgame di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk update lebih lanjut!

Ikuti Funbet8 untuk peluang taruhan olahraga dan esports terbaru!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *