MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pencarian Community Hero Mobile Legends di Malaysia!

ai hyprgame
Kongsi
Pencarian Community Hero Mobile Legends di Malaysia!

Adakah anda penggemar setia Mobile Legends Bang Bang MLBB? MLBB kali ini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian Community Mobile Legends di Malaysia. 

Misi pencarian pasukan Community Hero Di Malaysia kini bermula bagi mereka yang meminati industri e-sukan Mobile Legends Bang Bang MLBB khususnya di Malaysia.

Kredit : Facebook Mobile Legends Bang Bang

Jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi menimba pengalaman didalam bidang pengaturcaraan, disamping dapat membina ramai kenalan Mobile Legends Bang Bang MLBB. 

Menurut sumber muatnaik pautan Mobile Legends Bang Bang MLBB di Facebook rasmi milik permainan ini. Penyertaan ini dibuka kepada mereka yang berumur 17 tahun dan keatas, mempunyai laptop atau desktop sendiri, mempunyai kenderaan sendiri dan lain-lain lagi syarat yang boleh anda rujuk pada borang permohonan yang disediakan oleh penganjur. 

Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba diri, anda boleh mengisi borang pada pautan yang dimuatnaik oleh Facebook rasmi Mobile Legends Bang Bang MLBB. 

Selain itu, kelebihan yang anda akan dapat jika telah menjadi sebahagian daripada Community Hero Mobile Legends Bang Bang MLBB adalah ganjaran dan tawaran yang menarik daripada Mobile Legends Bang Bang. 

Di antara tawaran dan ganjaran yang akan diberikan kepada bakal hero community MLBB Malaysia adalah seperti wang RM100 sehingga RM150 bagi setiap acara mahupun “’event” yang diadakan, Diamonds Bulanan, Penebusan In-Game Rewards, Aktiviti ‘Team Building’ Tahunan dan lain-lain lagi. 

Inilah peluang menimba pengalaman dengan skop kerja Community Hero Malaysia seperti mempromosi, merekrut dan melatih pemain baru yang tidak pernah bermain Mobile Legends,  dan menjalankan acara Mobile Legends pada hujung minggu.

Malahan, jika anda seorang yang aktif, Community Hero MLBB ini merupakan tempat yang sesuai untuk anda meningkatkan diri, dan mempunyai hubungan baik dengn ahli komuniti yang lain.Jika anda seorang yang sukakan sosial media sebagai medan interaksi dengan dunia luar, akan memudahkan lagi diri anda untuk meningkatkan nama MLBB di media sosial. Anda juga harus sentiasa ingat mengenai polisi dan dasar syarikat terutama setelah anda bergelar seorang Community Hero MLBB. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *