MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sneak Peak Community Hero Magic Chess Tournament 2022

ai hyprgame
Kongsi
Sneak Peak Community Hero Magic Chess Tournament 2022
Kredit : Facebook Mobile Legends Bang Bang

Berita baik buat penggemar Mobile Legends Bang Bang, Acara Community Hero dan Magic Chess Tournament akan berlangsung pada 16 Julai 2022, jam 8 Malam.

Peminat MLBB pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan 1,500 diamonds, termasuk magic potion dan hadiah terkumpul yang lain. 

May be an image of text that says "MOBILE LEGENDS BANG BANG HERO M COMMUNITU JAM 8 MALAM 16 JUL 2022 PENDAFTARAN PERCUMA MAGIC POTION & HADIAH TERKUMPUL 1,500 DIAMONDS COMMUNITY HERO MAGIC CHESS TOURNAMENT 'WE ARE THE VOICE OF THE COMMUNITY' CODASHOP"
Kredit : Facebook Mobile Legends Bang Bang

Jika anda seorang yang ada skill dan berbakat, apa kata daftarkan diri anda dan rakan-rakan untuk menyertai tournament menyeronokkan ini. 

Dengan tema “We Are The Voice Of Community”, acara ini mengangkat suara-suara komuniti Mobile Legends Bang Bang yang sering memberikan sokongan kepada permainan ini. 

Melalui sumber Facebook rasmi Mobile Legends Bang Bang, hari ini Hyprgame akan kongsikan sedikit Sneak Peak atau soroton kepada acara yang akan berlangsung pada 16 Julai 2022 ini. 

Untuk pengetahuan anda, pada minggu yang lalu, skuad Community Hero (CH) telah mengadakan Mini Tournament secara online dan berjaya mendapatkan juara daripada seluruh Malaysia bagi acara tersebut.

Kemudian pada minggu seterusnya pula, Mobile Legends Bang Bang MLBB akan menganjurkan satu lagi pertandingan iaitu Magic Chess. Acara ini diadadkan istimewa khusus kepada peminat MLBB. 

Jadi bersempena Community Hero Magic Chess Tournament 2022, Mobile Legends Bang Bang akan menawarkan pelbagai bonus, event, ganjaran dan lain-lain lagi akan menanti kalian. 

Usah tunggu lagi? Mulakan perancangan strategi anda dan terus mendaftar tournament ini!

Dikhabarkan yang pendaftaran awal akan layak menerima Magic Potion secara percuma. Ya betul secara percuma! 

Tambahan lagi, Community Hero Magic Chess Tournament 2022 juga akan mengadakan sesi cabutan skin Legend idaman anda!

Anda boleh mendaftar melalui pautan yang telah dimuatnaik di Facebook rasmi Mobile Legends Bang Bang. Segala maklumat yang lebih terperinci mengenai terma dan syarat anda boleh rujuk melalui pautan tersebut. 

Peminat MLBB dinasihatkan untuk mendaftar dengan segera kerana pendaftaran ini percuma, tetapi tempatnya pula terhad. Jadi “first come, first serve”. Jika anda terlepas peluang ini maka anda akan terlepas hadiah yang lumayan daripada MLBB.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *