MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

NOVA Esports, Wild Rift Global Championship 2022 (ICONS)

ai hyprgame
Kongsi
NOVA Esports, Wild Rift Global Championship 2022 (ICONS)
Kredit : One Esports ID

Kejohanan Wild Rift Global Championship atau lebih dikenali sebagai ICONS disambut dengan penuh gemilang dan iainya merupakan kejohanan Global bagi e-sukan ini. Kejohanan ini telah mengumpulkan 24 pasukan daripada 8 wilayah yang berbeza. 

Untuk pengetahuan kejohanan ini sepatutnya berlangsung di Eropah pada awalnya, tetapi kerana isu Visa acara ini diadakan di Kota Singa, Singapura. 

Kredit : Youtube Wild Rift Esports

Ternyata kebolehan yang hebat Nova Esports telah mampu menumpaskan pasukan J Team pada pusingan akhir. 

Walaupun J-Team sempat mengalahkan pasukan Vietnam iaitu Team flash pada pusingan yang sama, pasukan ini akhirnya gagal apabila hilang momentun saat Nova Esports menghentam mereka didalam perlawanan maya ini. 

Kredit : Youtube Wild Rift Esports

Pemilihan pasukan pula diadakan di China pada 15 Mei 2022 lalu iaitu selepas peringkat finale Wild Rift League, WRL berakhir.  

Pasukan Nova Esport telah memegang gelaran Juara ICONS dengan prize pool sebanyak $USD 640,000. 

Peringkat Play-In berlangsung pada 14 sehingga 18 Jun 2022 dengan membahagikan 16 pasukan kepada 4 kumpulan dimana kumpulan yang datang daripada wilayah sama tidak dibenarkan berada didalam kumpulan yang sama. 

Bagi peringkat Play-in iainya terbahagi pula kepada pusingan penyingkiran dua kali (Double Elimination Bracket), semua perlawanan dimainkan di mode Bo3 dan hanya top 2 pasukan sahaja yang mara ke peringkat knockout stage yang akan telah diadakan pada 1 sehingga 9 Julai 2022. 

Untuk peringkat Knockout Stage, pasukan akan menghadapi satu penyingkiran melalui perlawanan suku akhir, dan juga semi final di Bo5. Kemudian pasukan yang berjaya akan mara ke peringkat final di Bo7. Sekali lagi pasukan dari negara China mampu mendominasikan acara ini. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *