MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

PUBG X KL Gangster, Voicepack Baru 15 Julai !

ai hyprgame
Kongsi
PUBG X KL Gangster, Voicepack Baru 15 Julai !
Kredit : Gamer Santai

“Perang Kasi Habis!”, akhirnya video trailer penuh kolaborasi PUBG Mobile Malaysia bersama filem KL Gangster telah pun dilancarkan di Youtube rasmi PUBG Mobile. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan voicepack Shark dan Malek pada 15 Julai 2022 ini!

PUBG MOBILE Meets KL Gangster In Trailer Featuring Aaron Aziz & Syamsul  Yusof
Kredit : Kakuchopurei

Kolaborasi rasmi pertama PUBG Mobile Malaysia bersama filem hit KL Gangster yang dibintangi oleh Syamsul Yusof selagi pengarah dan pemeran watak Shark dan Dato’ Aaron Aziz sebagai Malek. 

Acara PUBG Mobile x KL Gangster akan tiba 15 Julai 2022, dan peminat mahupun pemain PUBG akan bertemu Shark & Malek sebagai watak utama KL Gangster dan acara kolaborasi ini. 

Menerusi video itu, terlihat aksi daripada filem KL Gangster yang berlatarbelakangkan di Jalan Petaling, sebuah kawasan terkenal di ibu kota Kuala Lumpur. 

Kredit : PUBG Mobile Malaysia

Video penuh aksi itu menunjukkan pertempuran antara Shark (Syamsul Yusof) dan Malek (Dato’ Aaron Aziz) yang menyambung peranan mereka sebagai watak utam KL Gangster. 

Kredit : PUBG Mobile Malaysia

Dimulakan dengan karakter PUBG Mobile itu sendiri yang dikenali sebagai “mamat PUBG” lengkap dengan senjata dan kostum sempurna sedang berlindung di sebalik gerai kosong untuk mengelakkan diri daripada ditembak oleh kumpulan Shark. 

Sebelum trailer penuh belum dikeluarkan, kita telah melihat trailer pendek dimana peperangan antara Shark dan Malek masih belum lagi berakhir. 

Hari ini anda akan dapat melihat “mamat PUBG” akan mendapat pertolongan daripada Malek saat dia kehabisan peluru ketika diserang oleh geng Shark. 

Kredit : PUBG Mobile Malaysia

“Perang Kasi Habis!” itulah yang dikatakan Shark dan Malek ketika bersemuka secara depan saat geng Shark sudah hampir tumpas. 

Menerusi acara kolaborasi antara PUBG Mobile dan KL Gangster ini akan menawarkan pelbagai hadiah dan ganjaran kepada peminat PUBG Mobile khususnya di Malaysia.

Diantara tawaran hebat yang diberikan oleh PUBG Mobile menerusi kolaborasi epik ini ialah seperti Voice Card (Voicepack) Shark dan Malek. Anda akan berpeluang memilih untuk menyertai kumpulan Shark atau Malek mengikut minat anda. 

Teruskan sokongan dan nikmati kolaborasi PUBG Mobile X KL Gangster !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *