MEMUAT

Taip untuk mencari

Pre PMPL S5: Team Bosskurr ada peluang besar lepas qualifier PMPL

atq_hyprgame
Kongsi

Team Bosskurr bukan nama yang asing lagi dalam scene kompetitif PUBG Mobile khususnya PMPL. Walaupun mereka banyak kali masuk dalam qualifier PMPL, tetapi pasukan itu tidak berputus asa untuk sentiasa berikan yang terbaik & melayakkan diri ke dalam PMPL semula. 

Kini, di qualifier PMPL MYSGPH S5, Team Bosskurr kelihatan lebih yakin dengan barisan pemain yang mereka bawakan. Tidak dapat dinafikan, Team Bosskurr memiliki barisan pemain yang sudah pun mempunyai pengalaman besar dalam kompetitif PUBG Mobile.

Barisan pemain Team Bosskurr di qualifier PMPL MYSGPH S5 adalah BOSSiNaokiOP, BOSSAboyy, BOSSZigZagNS, BOSSAzfarZL & BOSSAwing. 

Memang kali ini boleh nampak yang barisan pemain Team Bosskurr lebih solid. Mereka memang betul-betul mahukan slot di PMPL MYSGPH S5. Hanya 2 slot yang akan diberikan untuk pasukan Malaysia. Manakala, 2 slot lagi akan diberikan kepada pasukan Singapura & Filipina, masing-masing.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Team Bosskurr ada peluang besar lepas qualifier PMPL MYSGPH S5

Di hari pertama qualifier, Team Bosskurr berjaya dapatkan 1 Chicken Dinner & menamatkan keseluruhan permainan hari pertama di kedudukan ke-6 dengan 44 mata. Mata kedudukan Team Bosskurr di hari pertama qualifier tidak berapa baik. Tetapi mereka berjaya dapatkan mata pembunuhan yang agak banyak. 

Di hari kedua, performa Team Bosskurr sangat baik. Mereka banyak menambahbaik kekurangan di hari pertama sehingga membuatkan mereka melonjakkan mata di kedudukan pertama secara keseluruhan.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

3 Chicken Dinner yang diperolehi oleh Team Bosskurr di hari kedua qualifier menunjukkan bahawa mereka adalah pasukan yang memiliki peluang paling besar untuk lepas ke PMPL MYSGPH S5. Team Bosskurr telah membina jurang mata yang besar selepas menamatkan keseluruhan hari kedua qualifier dengan 146 mata. 

Perbezaan mata Team Bosskurr & Farang Guerilla adalah sebanyak 34 mata. Satu jurang mata yang agak besar! Disebabkan Team Bosskurr telah pun mempunyai momentum yang baik, jadi tidak mustahil jika mereka mampu mengekalkan momentum tersebut sehingga ke pusingana akhir.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Performa Farang Guerilla mampu bawa mereka ke PMPL MYSGPH S5

Selain daripada Team Bosskurr, Farang Guerilla juga antara pencabar utama di qualifier kerana tanpa Chicken Dinner, pasukan itu mampu berada di kedudukan 2 terbaik. Mereka memang memiliki komposisi pemain yang sangat kuat. Di hari pertama, Farang Guerilla adalah pasukan kedua yang memiliki mata kedudukan & pembunuhan yang paling banyak. 

Namun, di hari kedua, performa Farang Guerilla tidak begitu baik. Tetapi mereka berusaha untuk kekalkan konsistensi & ianya berjaya cuma mata pembunuhan yang dikumpul oleh mereka belum cukup untuk meletakkan mereka di kedudukan yang selamat. 

Perbezaan mata Farang Guerilla dengan AKA Esport adalah sebanyak 8 mata sahaja. Tidak banyak perbezaan. Jadi, AKA Esport juga sebenarnya masih mempunyai peluang untuk menggantikan posisi Farang Guerilla di kedudukan 2 terbaik. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Dapatkah Team Bosskurr kekalkan kedudukan mereka di tempat pertama & melayakkan semula pasukan itu ke dalam arena PMPL MYSGPH S5? Melihat dari pasukan yang diketuai oleh BOSSiNaokiOP itu, mereka memiliki peluang yang sangat besar!

Jangan lupa saksikan pentas akhir qualifier PMPL MYSGHPH S5 yang bakal menentukan 2 pasukan terbaik Malaysia bersama dengan 16 pasukan PMPL yang lain di PMPL MYSGHPH S5 di Youtube & Facebook rasmi PUBG Mobile Malaysia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *