MEMUAT

Taip untuk mencari

Sambung kontrak! Ryzen akan ada dalam line up utama BTR di PMPL?

atq_hyprgame
Kongsi

Sebelum ini, kontrak Ryzen bersama dengan Bigetron Red Aliens telah pun tamat. Dan, perkara itu menjadi tanda tanya dalam kalangan komuniti PUBG Mobile kerana sebelum ini tular bahawa beliau akan berehat dari kompetitif untuk musim PMPL Indonesia yang akan datang. 

Terbaru, Bigetron Esports mengumumkan bahawa kontrak Ryzen bersama dengan Bigetron Red Aliens telah pun dilanjutkan. Ryzen rasmi masih bersama dengan Bigetron Red Aliens. Tetapi keberadaan Ryzen dalam roster utama Bigetron Red Aliens masih lagi dalam tanya tanya. 

“4 tahun sudah BTR Ryzen berjuang bersama Bigetron, namun perjuangannya belum usai. Dengan resmi, Muhammad “Ryzen” Albi memperpanjang kontraknya dengan Bigetron Esports. Kami percaya, keputusan terbaiknya mampu memberikan perubahan besar bagi Bigetron serta memberikan lebih banyak kontribusi di skena PUBG Mobile! BTR Ryzen is still RED!”

Sumber: Bigetron Esports

Adakah Ryzen akan berada dalam line up utama BTR? 

Seperti yang kita tahu, Ryzen adalah tunggak utama pasukan gergasi Indonesia itu disebabkan oleh role penting yang dipegang oleh beliau iaitu seoarang Rusher. Sudah bersama dengan BTR sejak tahun 2018, pasti organisasi e-sukan itu sukar untuk melepaskan pemain bintang mereka. 

Dengan lanjutnya kontrak Ryzen, adakah beliau akan bermain di PMPL Indonesia S5? Mungkin, ya! Buat masa kini, hanya Ryzen sahaja yang bertindak sebagai Rusher utama BTR. Untuk menggantikan tempat beliau, mungkin itu akan menyukarkan pasukan itu lebih-lebih lagi apabila keserasian antara pemain BTR sudah terlalu kuat.

Zuxxy, Luxxy & Ryzen telah membina chemistry mereka sejak dari tahun 2018. Jadi, untuk Ryzen berehat dari kompetitif, mungkin tidak rasanya. Ryzen & BTR pasti mahu menebus kembali kesilapan & performa mereka yang kurang baik di PMGC 2021. 

Sumber: Indo Esports

Kalau Ryzen rehat, adakah akan ada pemain baru dalam line up BTR? 

Buat masa kini, BTR memiliki 5 orang pemain iaitu Luxxy, Zuxxy, Liquid, Ryzen & UHigh. Pada dasarnya, ketiadaan Ryzen di BTR untuk PMPL Indonesia S5 pasti akan membuat BTR merekrut pemain baru masuk ke dalam roster pasukan itu sebagai pengganti Ryzen.  

Sukar untuk menjangka keputusan yang bakal dibuat oleh BTR & Ryzen terutamanya. Walaupun kontrak Ryzen sudah dilanjutkan, berkemungkinan beliau akan membuat keputusan untuk berehat tapi masih dalam organisasi e-sukan tersebut. Tetapi buat masa kini, beliau hampir pasti akan lengkapkan roster utama BTR di PMPL S5.

Rata-rata dari komuniti PUBG Mobile Indonesia juga merasakan bahawa Ryzen tidak akan berehat buat masa kini & bakal bermain untuk BTR di PMPL Indonesia S5 bagi mengumpul mata untuk ke PMGC 2022.

Sumber: Bigetron Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *