MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Hadji Rehat Seketika Daripada MPL PH 11

ai hyprgame
Kongsi
Hadji Rehat Seketika Daripada MPL PH 11

Selepas Bon Chan, Eson, Kini Hadji juga turut mengikuti langkah rakannya yang lain untuk berehat seketika daripada divisi Mobile Legends Bang Bang MLBB Blacklist International PH.

Ini bermakna Hadji tidak akan menyertai Blacklist International ketika di MPL PH S11 yang akan berlangsung 17 Februari 2023 ini.

Salic Alauya Imam atau sering dipanggil Hadji didalam dunia esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB merupakan pemain Blacklist International yang berperanan sebagai Mid Laner dan Jungler berasal daripada Filipina.

Pengumuman rasmi tentang keputusan Hadji untuk berehat daripada dunia profesional esukan MLBB turut dikongsikan oleh Blacklist International menerusi platform media sosial rasmi mereka.

“Salic Alauya Imam (Hadji) berehat di MPL PH S11.” – Blacklist International

Pemuda berumur 19 tahun ini akan berehat sementara sebelum beraksi semula di pentas Land of Dawn MLBB pada musim hadapan.

Terkenal dengan kebolehan bermainnya didalam Blacklist International, Hadji juga turut digelarkan sebagai “KDA Machine” didalam kalangan komuniti esukan MLBB. Sepanjang penglibatannya bersama divisi MLBB PH ini, Hadji telah mencipta memori kejayaan didalam banyak perlawanan utama MLBB. Malahan prestasi dan pencapaian Hadji turut memberangsangkan di dunia esukan MLBB ini.

Pernah menjuarai MPL PH S8 dan MPL PH 10, Bintang MLBB ini turut menjuarai M3 World Championship sekaligus pingat emas ketika di Esports MLBB SEA Games 2022.

Ikuti Hyprgame di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk update lebih lanjut!

Ikuti Funbet8 untuk peluang taruhan olahraga dan esports terbaru!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *