MEMUAT

Taip untuk mencari

Kolaborasi Nexplay EVOS Dan Minana Esports MPL PH

Tags: ,

Kolaborasi Nexplay EVOS Dan Minana Esports MPL PH

ai hyprgame
Kongsi
Kolaborasi Nexplay EVOS Dan Minana Esports MPL PH

Seperti Onic PH sebelum ini, Kini tiba giliran Nexplay EVOS pula untuk mengikuti jejak langkah dengan berkolaborasi dengan Minana Esports bagi persediaan di Mobile Legends Bang Bang MLBB Professional League MPL PH Musim Ke-11.

Kredit : Nexplay Esports

Nexplay EVOS X Minana akan menjadi Roster yang dibina dengan penglibatan besar daripada pemain Minana Esports sendiri bagi persediaan di MPL PH S11 musim baharu ini.

Manakala penyertaan Nexplay EVOS didalam divisi yang dikemaskini ini akan dikekalkan dengan pemain senior Nexplay EVOS sendiri.

MPL PH S11 akan membuka tirainya pada 17 Februari 2023 ini dengan penyertaan 8 pasukan francais bersaing untuk meraih gelaran juara sekaligus menempah slot mereka ke Mobile Legends Southeast Asia Cup (MSC) 2023.

Selepas pengumuman Renejay untuk berpindah ke Blacklist International dan H2wo yang sudah ke RSG Slate PH, Nexplay EVOS nampaknya telah membuat perubahan yang besar buat Roster ini demi MPL PH S11 dengan berkerjasama dengan Minana Esports.

Pengumuman Roster Nexplay EVOS MPL PH S11 turut dikongsi oleh akaun media sosial mereka sendiri secara rasminya kepada warga esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB khususnya peminat mereka.

Kerjasama antara pemain amatur berbakat daripada Minana Esports yang mempunyai rekod konsisten sepanjang penglibatan mereka didalam dunia esukan MLBB ini dengan pemain veteran Nexplay EVOS iaitu YellyHaze akan menjadi saingan kuat di MPL PH S11 nanti.

Nexplay Minana akan diketuai oleh dua orang jurulatih iaitu Joshua Alfaro dan Jayson Navarro Casidsid. Komuniti esukan MLBB sudah tidak sabar untuk melihat aksi menarik daripada divisi ini di MPL PH S11 nanti!

Ikuti Hyprgame di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk update lebih lanjut!

Ikuti Funbet8 untuk peluang taruhan olahraga dan esports terbaru!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *