MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

D’Ace Kembali Ke MPL MY Sebagai Analis Madness

ai hyprgame
Kongsi
D'Ace Kembali Ke MPL MY Sebagai Analis Madness

Bermula hanya sekadar khabar angin, Kini D’Ace rasminya kembali ke pentas Mobile Legends Bang Bang Professional League MPL Malaysia Musim Ke-11 sebagai Analis kepada pasukan baharu di medan pertempuran ini iaitu Madness Gaming.

Pemain yang pernah bermain didalam divisi Team Caracal ini akan membuat kemunculan pertamanya di pentas MPL MY S11 selepas menimba pengalaman sebagai Roamer di dalam pasukan sebelum ini.

Pasukan Madness Gaming (juga dikenali sebagai Aryaa Gaming) memenangi kelayakan MPL Malaysia Musim Ke-11 pada bulan yang lalu dan akan meneruskan perjuangan mereka di babak Regular Season MPL Malaysia Musim Ke-11 bersaing dengan beberapa pasukan kuat yang lain

Pengumuman tentang D’Ace kembali ke pentas MPL MY S11 sendiri diumumkan oleh Madness Gaming menerusi akaun media sosial rasmi mereka.

“Welcoming our new Analyst for Madness Esports! Good luck for MPL MY Season 11! NICEEEEEEEEE!.”- Madness Gaming

“Selamat Datang kepada Analis baharu kami di Madness Esports! Semoga berjaya di MPL MY Musim Ke-11! Terbaik!.” -Madness Gaming

Untuk pengetahuan anda, Pasukan Madness Gaming (Aryaa Gaming) juga merupakan Roster pasukan Freakout Esports sebelum ini yang berjaya menewaskan K-Force Esports ketika Match 2 Best of 3 MPL MY Qualifier 2022 yang lalu.

Kemenangan menjadikan mereka sebagai pasukan baharu yang kedua berjaya melayakkan diri ke regular season MPL MY S11 selepas ELX Esports.

Roster Madness Gaming ini juga pernah memberikan saingan yang begitu sengit didalam Grandfinal MSPC Musim Ke-2 sekaligus menjadi Naib Juara kejohanan tersebut.

Divisi ini mempunyai aura yang tersendiri sehingga terus konsisten dengan prestasi masing-masing sepanjang MPL MY Qualifier yang telah tamat pada 18 Disember 2022 itu berlangsung.

Muhammad Hazim Bin Zulkifli atau juga dikenali sebagai D’Ace dalam kalangan komuniti esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB merupakan pemain Malaysia bagi pasukan Caracal.

Sebelum menyertai Team Caracal, D’Ace telah menyertai beberapa pasukan MLBB lain termasuk Suhaz Esports, Orange Esports dan MAB Esports. Menerusi penglibatannya itu, D’Ace boleh dikatakan sebagai pemain yang baik dan berpengalaman sekaligus pernah menyertai pelbagai tournament MLBB.

Semoga kehadiran D’Ace dapat membantu Madness Esports menjadi pasukan yang berpotensi dan kuat di memberi saingan di MPL MY S11 nanti.

Ikuti Hyprgame di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk update lebih lanjut!

Ikuti Funbet8 untuk peluang taruhan olahraga dan esports terbaru!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *