MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Team Haq Serap Pemain Filipina MPL MY ?

ai hyprgame
Kongsi
Team Haq Serap Pemain Filipina MPL MY ?

Seperti yang kita semua sedia maklum, Musim perpindahan mahupun pengemaskinian pasukan bagi Mobile Legends Bang Bang Professional League termasuk di Malaysia sedang hangat berlangsung. Ada pemain yang sudah sekian lama berkelana ke negara orang akhirnya pulang ke tanah air untuk berbakti semula. Ada juga yang mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia Mobile Legends Bang Bang di Land of Dawn.

Malahan ada juga pasukan yang menyerap masuk bekas pemain yang terdahulu menjadikan comeback mereka di dalam organisasi masing-masing.

Hal yang sama turut dilalui oleh Juara MPL MY S10 lalu iaitu Team Haq kerana dikatakan bakal menyerap pemain atau analis daripada Filipina sempena MPL MY S11 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pernah melayakan diri ke M4 World Championship yang lalu, Wakil Malaysia pertama ini akhirnya akur pulang awal setelah dikalahkan oleh wakil Turki iaitu Incendio Supremacy dengan skor 1-2 ketika itu.

Oleh yang demikian, Pengasas kepada Team Haq iaitu Aiman sendiri telah memberikan “Hint” atau tanda di muatnaik story akaun media sosialnya yang berkemungkinan akan ada pemain daripada Filipina didalam Roster Team Haq di MPL MY S11 nanti.

Kredit : DADDYKR3W

Selain itu ketika di menjadi tetamu jemputan di Podcast DaddyHood, Aiman turut berkongsi yang Team Haq kini sudah mempunyai 3 pemain baharu dan visa mereka sedang disiapkan. Adakah kesemua mereka daripada Filipina atau sebaliknya? Kita tunggu dan lihat sahaja pengumuman rasmi daripada Team Haq nanti!

Sebelum ini Aiman sendiri pernah memberikan komen atau reaksi berkenaan prestasi pasukan Malaysia khususnya Team Haq sendiri setelah mengalami kekalahan yang teruk di M4 World Championship.

Menurutnya, Pasukan Malaysia perlu mula melihat kekurangan dan memperbaiki aspek pengurusan dan persediaan pasukan demi memperkuatkan dominasi didalam perlawanan. Inisiatif harus dilakukan bagi memperbaiki pembangunan industri esukan khususnya divisi MLBB di Malaysia.

Perubahan demi menaikan semula nama Malaysia khususnya esukan di persada dunia harus dilaksanakan. Tambahan lagi pihak pengurusan perlulah memandang hal ini secara serius dan bukan sekadar melabur untuk meraih keuntungan semata-mata sehingga masa depan industri esukan terjejas diatas masalah dalaman. Semoga Malaysia tidak mengecewakan musim baharu ini sekaligus kekal konsisten hingga ke MSC dan SEA Games kelak.

Percampuran pemain daripada luar negara adalah antara strategi terbaik yang sudah lama dilakukan oleh negara luar. Tetapi kali ini pasukan Malaysia juga mulai terbuka untuk menerima pemain daripada luar negara kerana dapat bertukar idea, menimba pengalaman dan ilmu baharu daripada mereka.

Diharapkan lineup berbeza dapat memberikan perubahan yang ketara di MPL MY S11 nanti sekaligus memberikan kebaikan dan kematangan untuk jangka masa panjang di industri esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB khususnya.

Semoga Team Haq akan menjadi pasukan kuat memberi saingan di MPL MY S11 nanti jika khabar angin ini menjadi realiti.

Setakat ini masih ada lagi pasukan yang belum mengumumkan Roster lengkap mereka di MPL MY S11 termasuklah Team Haq. Peminat juga tidak sabar menantikan pengumuman daripada mereka dan sudah tentu pelbagai aksi menarik akan terlihat di MPL MY S11 kali ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

IKUTI Funbet8 for the latest sports and esports betting odds!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *