MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Eson Berehat Daripada Blacklist International

ai hyprgame
Kongsi
Eson Berehat Daripada Blacklist International
Kredit : Blacklist International

Selepas Bon Chan membuat keputusan untuk berehat seketika daripada MPL PH S11, Kali ini Eson turut mengikuti langkah jurulatuh Blacklist International itu.

Kredit : Blacklist International

Seperti Bon Chan, Eson atau nama sebenarnya Mark Jayson Gerardo yang telah menyertai Blacklist International sejak 2020 juka berehat daripada MPL PH S11 nanti.

Pemain esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB yang berumur 28 tahun ini berperanan sebagai Mid Laner didalam pasukan Blacklist International PH dan telah melalui pelbagai perlawanan sepanjang penglibatannya bersama divisi tersebut. Diantaranya adalah MPL PH S7, MSC 2021, MPL PH S8, One Esports MPL Invitational 2021, MPL PH S10, Dan M4 World Championship.

Setakat ini belum ada lagi sebarang kenyataan rasmi berhubung Roster penuh Blacklist International yang akan menggantikan ahli pasukan mereka ini. Cuma menurut khabar di media sosial hanya Johnmar “Ohmyv33nus” Villaluna dan Danerie James “Wise” del Rosario yang pastinya akan bermain di MPL PH S11 ini.

Untuk pengetahuan anda, Mobile Legends Bang Bang MLBB Professional League PH (MPL PH) Musim Ke-11 akan bermula pada 17 Februrari 2023. Kejohanan ini akan mengumpulkan kesemua pasukan terbaik di Filipina untuk meraih gelaran juara sekaligus mendapatkan tiket ke MSC 2023.

Berbalik kepada Eson, Peranannya di Blacklist International tidak hanya tertumpu kepada Mid Lane sahaja, Tetapi Eson juga berkebolehan sebagai Team Analis dengan pengalaman sebagai pemain senior.

Kekecewaan Blacklist International di M4 World Championship setelah tewas dengan Echo Esports sebanyak 0-4 benar-benar memberikan impak kepada divisi ini melakukan perubahan. Sehinggakan ada ahli pasukan yang mahu berehat daripada beraksi setelah penat berhempas pulas di perlawanan lalu.

Apakah agaknya yang akan dikejutkan oleh Blacklist International musim ini kepada peminat nanti? Kita tunggu dan lihat saja nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

IKUTI Funbet8 for the latest sports and esports betting odds!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya