MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Basic Mahu Berlatih Di PH Demi M5

ai hyprgame
Kongsi
Basic Mahu Berlatih Di PH Demi M5
Kredit : The Valley

Seperti pemain lain Basic daripada pasukan The Valley Amerika Utara turut mempunyai impian untuk mengekalkan momentunnya didalam permainan Mobile Legends Bang Bang MLBB sehingga ke M5 World Championship kelak.

Basic atau nama sebenarnya Peter Bryce Lozano merupakan pemain berasal daripada Filipina dan berperanan sebagai Gold Laner didalam pasukan The Valley. Setelah mengalami kekecewaan di M4 World Championship kerana tidak dapat menamatkan perlawanan sehingga ke babak finals, Basic meluahkan kepada warganet tentang hasratnya untuk meneroka peluang baharu di Filipina setelah lama berkelana didalam divisi Amerika Utara ini.

Menurut Basic, Dia ingin kembali semula ke tanah airnya untuk menyertai latihan sekaligus menimba ilmu dan pengalaman sebelum babak Kelayakan ke Kejohanan Dunia M5 World Championship (NA) bermula. Walaubagaimanapun penghijrahan Basic bukanlah untuk selama-lamanya kerana dia masih mempunyai komitmen lain didalam perlawanan Mobile Legends Bang Bang yang akan datang nanti.

Niatnya adalah untuk mencari jurulatih dan penganalisis buat The Valley bagi memperkuatkan lagi pasukan ini di kejohanan yang seterusnya.

Basic merupakan pemain profesional yang berjaya menarik perhatian ramai orang ketika beraksi di M4 World Championship baru-baru ini. Walaupun The Valley hanya berjaya menamatkan perjuangan mereka di M4 World Championship di kedudukan Ke-6, Mereka tetap berjaya membuktikan yang pasukan daripada wilayah NA ini juga turut setanding seperti pasukan SEA lain.

Bintang MLBB NA ini sendiri berkongsi perancangan itu menerusi penstriman langsung (Live Stream) untuk mengikuti latihan bersama kesemua ahli pasukan The Valley ke Filipina dan membiasakan diri berlatih dengan menentang pasukan profesional Filipina yang lain. Walaubagaimanapun Basic perlu berbincang terlebih dahulu dengan kesemua yang terlibat didalam The Valley, Malahan memberitahu kepada umum untuk menunggu terlebih dahulu keputusan The Valley nanti.

Baginya Team The Valley yakin akan kemampuan mereka untuk melayakan diri sekali lagi ke M5 World Championship, Tetapi tiada salahnya jika skuad ini ingin menambahkan lagi kekuatan dengan wujudnya bahagian kejurulatihan didalam pasukan.

Ini bukanlah kali pertama buat divisi Amerika Utara ini mengembara ke Asia Tenggara untuk berlatih kerana sebelum ini Michael Cosgun ( Mobazane) yang kini merupakan Jungler The Valley turut berlatih di Filipina dan Indonesia sebelum M4 World Championship bermula.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

IKUTI Funbet8 for the latest sports and esports betting odds!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *