MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

H2wo Rasmi Tidak Lagi Sertai Nexplay EVOS

ai hyprgame
Kongsi
H2wo Rasmi Tidak Lagi Sertai Nexplay EVOS

Sebelum ini komuniti esukan disajikan dengan khabar angin tentang pemain Nexplay EVOS iaitu John Salonga (H2wo) mahu meneroka peluang bersama dengan pasukan lain seperti di RSG PH.

Kredit : @SEAesport

Pemain yang berusia 20 tahun ini menyertai organisasi EVOS sejak 2020 dibawah pasukan Nexplay Solid sebelum ke Nexplay EVOS pada 2021 sehingga menamatkan kerjasama bersama divisi ini pada 7 Februari 2023.

Pada mulanya hasrat H2wo untuk menyertai Team RSG pernah menimbulkan reaksi didalam kalangan personaliti esukan Mobile Legends Bang Bang yang sudah pun veteran kerana mereka merasakan anak muda ini masih terlalu awal untuk meneroka pengalaman baharu bersama divisi lain.

Hal ini demikian kerana, H2wo masih lagi harus meneruskan pendidikan atau pelajarannya disamping mengimbangi kariernya sebagai pemain di Nexplay EVOS.

Oleh yang demikian, Seseorang pemain esukan itu perlu ada perancangan lain (Backup Plan) untuk menampung kewangan mereka suatu hari nanti. Pendidikan pula adalah hal yang penting dan akan menjadi bekalan di masa hadapan. Tambahan lagi bukan semua organisasi esukan menerima baik jika seseorang pemain itu ingin meneruskan pengajian tetapi pada masa yang sama mempunyai komitmen didalam pasukan.

Walaubagaimanapun, H2wo tetap meneruskan impiannya untuk beraksi didalam organisasi RSG Slate PH (dahulunya dikenali sebagai RSG PH). Menerusi Liquipedia secara rasminya H2wo telah pun menyertai RSG Slate PH sejak 7 Februari 2023 semalam. Pasukan RSG Slate PH ini dikatakan sebagai pasukan yang sangat berdisiplin didalam latihan mahupun permainan di Land of Dawn.

Pengalaman H2wo sebagai Jungler didalam Nexplay EVOS sebelum ini sudah tentu akan menjadi aset berharga buat pasukan baharu yang disertai bintang MLBB ini.

Pemain profesional dan ikonik Nexplay EVOS ini juga pernah menyertai beberapa perlawanan sepanjang khidmatnya seperti di MPL PH S6 sehingga MPL PH S7 bersama Nexplay Solid, Kemudian di MPL PH S8 sehingga ke MPL PH S10 bersama Nexplay EVOS. Tambahan lagi H2wo juga pernah beraksi di SIBOL 2022 National Team Selection For 31st Sea Games, ONE Esports MPL Invitational 2021 dan lain-lain lagi.

Nexplay EVOS yang turut mengumumkan perpisahan H2wo daripada organisasi ini turut menyatakan yang sudah tiba masanya untuk pemain ini meneroka peluang baharu dan berkembang semula dengan pengalaman baharu bagi kariernya. Berada didalam Nexplay EVOS adalah batu loncatan buat H2wo untuk memajukan diri ke tahap baharu. Malahan divisi ini menghormati dan menyokong keputusan H2wo untuk berpindah ke pasukan lain.

Semoga H2wo akan mendapatkan peluang membuktikan dirinya untuk kembali menyinar didalam kejohanan MLBB yang akan datang kelak.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

IKUTI Funbet8 for the latest sports and esports betting odds!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *