MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Falcon Esports Juarai Smart Kingdom Sea Rivals 2022

ai hyprgame
Kongsi
Falcon Esports Juarai Smart Kingdom Sea Rivals 2022

Acara Smart Kingdom Of Legends Sea Rivals yang telah dianjurkan oleh Leng by Smart telah pun menutup tirainya beberapa hari yang lalu dengan kemenangan pasukan Myanmar

Pasukan Myanmar iaitu Falcon Esport berjaya menumpaskan pasukan tuan rumah iaitu Impunity KH dengan skor sebanyak 3-0.

Walaupun Impunity KH berjaya mengalahkan dua pasukan Malaysia dalam dua kejohanan berbeza sebelum ini, Konsistensi itu tidak dipertahankan sehingga akhirnya tewas di tangan Falcon sekaligus menamatkan perlawanan di kedudukan Top 2.

Falcon Esports berjaya membawa pulang hadiah sebanyak $10,000 USD, Hasil kemenangan ketika di Grand Final itu.

Falcon Esports merupakan organisasi esukan Burma yang aktif didalam pelbagai tournament Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Selain Smart Kingdom Of Legends Sea Rivals, Mereka juga meraih pelbagai pencapaian termasuklah di Mahar Invitational Cup, M4 World Championship: Myanmar Qualifier, Top Clans 2022 Summer Invitational, Real Cup dan lain-lain lagi

Kejohanan ini terbahagi kepada beberapa format iaitu Group Stage yang berlangsung pada 19 November 2022 sehingga 20 November 2022. Kemudian ke Upper Bracket Last Chance pada 26 November 2022 yang lalu, Lower Bracket Last Chance pada 27 November 2022 dan peringkat akhir Playoff pada 16 Disember sehingga 18 Disember 2022.

Smart Kingdom Of Legends merupakan kejohanan esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB bagi wilayah Asia Tenggara yang dianjurkan oleh Leng by Smart.

Acara ini telah bermula sejak 19 November 2022 yang menyaksikan 9 pasukan daripada beberapa buah Negara wilayah SEA bersaing untuk merebut prize pool keseluruhan sebanyUSD 20,000USD

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *