MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Madness Ariel Juara Sulung Gladiatrix Cup 2022

ai hyprgame
Kongsi
Madness Ariel Juara Sulung Gladiatrix Cup 2022

Kejohanan Mobile Legends Bang Bang MLBB kategori wanita (Ladies) telah pun menutup tirainya dengan kemenangan Madness Ariel yang menjadi juara pertama bagi Gladiatrix Cup 2022.

Pasukan wanita Mobile Legends Bang Bang MLBB ini menang setelah menumpaskan Reborn SG/BM pada perlawanan Grand Finals semalam.

Kedua-dua pasukan ini telah memberikan aksi yang mempersonakan ketika di Land of Dawn sekaligus memberikan saingan sengit sesama mereka.

Namun begitu Madness Ariel berjaya mengawal permainan sehingga ke akhirnya sekaligus mendominasi ketiga-tiga perlawanan tanpa membuku ruang kepada pihak lawan untuk mencari peluang.

Kerjasama antara ahli pasukan Madness Arieal yang terdiri daripada Yann, Aria, Faiisty, Capricorn, Yukii dan Bunny dilihat sangat baik. Malahan mereka berjaya menyesuaikan diri sekaligus berkesefahaman sehingga tamat menjadi kunci kemenangan divisi ini.

Kejohanan Wanita MLBB Gladiatrix Cup 2022 ini telah membuka tirainya sejak 8 Disember 2022 yang lalu telah menawarkan Prize Pool terkumpul sebanyak RM20,000 anjuran eGG Network, Sebuah organisasi media terkemuka Asia Tenggara dan Australia.

Jika Mobile Legends Profesional League MPL diwujudkan dan dipertandingkan didominasi oleh lelaki, Gladiatrix Cup 2022 pula khas diwujudkan bagi pemain wanita MLBB.

Seperti yang telah kita ketahui dua pasukan terbaik didalam acara ini akan melayakkan pasukan masing-masing ke MLBB Women Invitational 2023 nanti.

Hasil kemenangan ini, Madness Ariel berjaya membawa pulang MYR 8,000 dan mengunci slot ke MWI 2023 pada Februari nanti. Untuk pengetahuan anda, MWI 2023 akan membawakan dua pasukan terbaik daripada Malaysia iaitu Madness Ariel dan Zeg Iris. Manakala satu lagi pasukan terbaik daripada Singapura yang telah pun berjaya mendapat slot ke MWI 2023 iaitu Reborn SG/BM juga akan bersaing nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *