MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pemain DOTA 2 kena permanent banned oleh Valve

ai hyprgame
Kongsi
Pemain DOTA 2 kena permanent banned oleh Valve
Kredit : AFK Gaming

Ketika DPC 2022/2023 sudah semakin hampir dengan ramai pemain atau pasukan yang sedang sibuk dengan kemaskini Roster masing-masing. Komuniti esukan Dota 2 khususnya sekali lagi mendapat perkhabaran yang Valve Software telah mengenakan Permanent Banned kepada pemain Dota 2.

Lebih mengecewakan adalah apabila pemain profesional juga terkena tindakan tersebut. Seramai 10 pemain Ukraine dan Rusia telah melakukan aktiviti perkongsian akaun sekaligus menyamar menjadi ahli pasukan lain ketika perlawanan penting yang melayakkan mereka ke Dota Pro Cicuiyt (DPC) 2023 nanti.

Sebagai pembangun, Valve terpaksa mengambil tindakan tegas kerana sikap sebeginin adalah satu kesalahan dan melanggar etika permainan.

Senarai pemain yang dikenakan tindakan ini telah diumumkan oleh PGL (Organisasi DPC bagi Liga serantau Eropah Barat dan Amerika Utara ), Dimana pemain yang berkenaan telah dikenakan Permanent Banned pada acara tersebut.

Diantara pemain yang dikenakan tindakan ini termasuklah Kamil Biktimirov (Koma), Aslan Vadilov (Paradise), Danil Grzhevka (illussion), Vladislav Khoroltsev (Imba4), Sergey Timchenko ([T]SA), Viktor Galichkin (SuperNova), Yaroslav Parshin (Limitless), Keintseru, Deihra, Dan Lilskrip.

Salah seorang daripada senarai tersebut iaitu Koma menjadi perhatian warganet kerana dia merupakan pemain bagai pasukan profesional Dota 2 Virtus.pro (VP) yang baharu sahaja diserap menjertai divisi Eropah Timur bagi menghadapi cabaran di DPC 2023 pada bulan hadapan.

Bimbang dengan status pemain dan kesannya kepada pasukan, VP sendiri telah mengeluarkan kenyataan dan memberi maklum balas berkenaan isu ini.

Kredit : VP

“We are aware of the situation regarding one of our players. As of now, we are conducting an internal investigation to understand more about the circumstances that led to this ban. We’ll share more details with you as soon as possible.” – VP

Menurut VP, Mereka kini sedang melakukan siasatan untuk memahami situasi yang menyebabkan tindakan “Banned” ini. VP akan berkongsi maklumat lebih terperinci lagi secepat mungkin.

Valve sebelum ini sudah sering mengambil tindakan yang sama kepada pemain dan pasukan yang terlobat dengan aktiviti haram (illegal activity) didalam perlawanan rasmi termasuklah “account sharing” dan “match-fixing” antara pemain yang bersaing sebelum DPC musim baharu bermula.

Selain Koma, Pemain Peru Gianluca Mendoza (Migi) turut menjadi perhatian setelah di banned kerana match-fixing. Akibatnya Migi telah dibuang daripada pasukannya Dreamers Esports.

Kredit : RPP Noticias

Malahan pasukan Asia Tenggara Omega Esports dan 6 pemain mereka juga telah di banned pada musim yang lalu 2021/2022 kerana terlibat dengan aktiviti match-fixing ketika perlawanan berlangsung.

Walaubagaimanapun setakat ini Valve belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden ini.

DPC 2023 akan bermula pada awal Januari 2022, Bermula dengan perlawanan di Divisi i (Division I) Eropah Barat, Erupah Timur, China, Asia Tenggar, Amerika Utara, dan Amerika Selatan. Manakala divisi II (Division II) akan bermula pada akhir Januari dan awal Februari 2023 ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *