MEMUAT

Taip untuk mencari

Doublelift Sertai Bjergsen Lengkapkan 100 Thieves LCS 2023

ai hyprgame
Kongsi
Doublelift Sertai Bjergsen Lengkapkan 100 Thieves LCS 2023

Sekian lama menanti, Akhirnya duo ini bersatu kembali membawa misi kemenangan bersaing di LCS 2023 yang bakal tiba tidak lama lagi. Khabar angin demi khabar angin kedengaran di media sosial akhirnya menjadi kenyataan setelah 100 Thieves memuatnaik hantaran tentang senarai Roster mereka bagi 2023 ini.

Kredit : Bjergsen

Kini secara rasminya AD Carry iaitu Yiliang Peng (Doublelift) kini kembali semula beraksi didunia esukan kompetetif LCS. Juara LCS ini telah menandatangani kerjasama dengan pasukan 100 Thieves bersama seorang lagi bintang esukan kompetetif League of Legends iaitu Søren Bjerg ( Bjergsen) bagi persaingan di musim baharu nanti.

Kredit : Yiliang Peng

Untuk pengetahuan anda, Doublelift dan Bjersgsen sebelum ini pernah berada didalam satu pasukan pada tahun 2020 bersama TSM selepas tamatnya Spring Split Season bersama dengan Team Liquid. Ketika itu Team Liquid telah menamatkan perlawanan tersebut pada tangga Ke-9, Kemudian ketika di pertengahan Summer Split Doublelift telah membawa pasukan TSM pula ke tangga Ke-7 mencipta nama di LCS.

Walaubagaimanapun, Konsistensi tersebut tidak berjaya dikekalkan apabila mereka tumpas di Worlds 2020 tanpa sebarang kemenangan. Ini merupakan sejarah yang paling kelam buat divisi ini ketika itu.

Tetapi kini 100 Thieves cuba dengan strategi baharu dengan gabungan dua rookie dan 3 pemain veteran agar permainan musim hadapan tampak lebih baik. Mereka kini sudah bersedia dengan musim baharu di LCS nanti!

Jika kita lihat ramai pemain profesional esukan memilih untuk mengambil rehat yang panjang ataupun bersara daripada dunia esuka kompetetif ini. Samaada mereka memerlukan masa untuk bangkit semula daripada prestasi lepas yang merundum ataupun ingin meneroka kerjaya dan peluang baharu.

Sama juga seperti Doublelift yang sebelum ini telah bersara selepas tahun 2020 kerana ingin fokus kepada karier penstrimannya. Namun kini sekembalinya dia didalam arena ini semula akan membuka mata semua komuniti esukan tidak kira peminat atau sesiapa sahaja untuk melihat bagaimanakah aksi seorang pemain LCS veteran ini beraksi di pentas besar semula.

Pencapaian 100 Thieves ketika di LCS tahun-tahun sebelumnya juga agak memberangsangkan kerana mereka mendominasi di LCS Summer 2022, LCS Spring 2022, LCS Summer 2021 sekaligus sudah berpengalaman dengan pelbagai kejohanan yang lalu.

Semoga kehadiran Doublelift dan Bjergsen dapat memberikan dominasi terbaik ketika kelayakkan ke Mid-Season Invitational nanti tahun depan.

Bjergsen dan Doublelift kini telah melengkapi 100 Thieves yang dibarisi juga oleh Milan Oleksij (Tenacity), Can Celik (Closer), Dan Alan Cwalina (Busio).

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *