MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Elden Ring Menangi Game Awards 2022

ai hyprgame
Kongsi
Elden Ring Menangi Game Awards 2022
Kredit : Elden Ring

Acara The Game Awards 2022 yang berlangsung pada 8 Disember 2022 lalu di Microsoft Theater, Los Angeles, California, Amerika Syarikat diraikan dengan penuh kemeriahan sekaligus dipenuhi nominasi permainan maya terbaik dunia.

Kredit : Elden Ring

Bagi yang masih belum tahu, The Game Awards 2022 merupakan acara anugerah yang memberi penghormatan kepada permainan video terbaik 2022.

Kredit : The Game Awards

Malahan acara ini juga dihoskan oleh pencipta dan penerbitnya sendiri iaitu Geoff Keighley. Menurut Keighley sendiri sebanyak 50 permainan terbabit didalam acara ini, Kemudian sekitar 30 sehingga 40 permainan diumumkan sebagai permainan yang mempunyai kandungan baharu.

Lebih menarik juga apabila klip pertama diserikan dengan tayangan The Super Mario Bros, Movie pada acara ini.

Kredit : Push Square

Daripada 50 permainan yang disenaraikan itu, Elden Ring telah menjadi pemenang kepada hadiah utama (Top Prize) di The Game Awards 2022 sebagai Game of The Year.

Selain Elden Ring, Ragnarok God of War juga telah menikmati malam yang penuh kejayaan dengan memenangi beberapa anugerah pada malam itu.

Bermula daripada sekadar perisian “Software” Elden Ring maju selangkah lagi sehingga memenangi anugerah Game of The Year 2022

Pengarah Elden Ring iaitu Hidetaka Miyazaka juga mengungkapkan rasa kesyukurannya atas kemenangan tersebut dan menyatakan yang dia akan mencipta lebih banyak lagi permainan yang menarik di masa hadapan kelak.

Elden Ring telah meraih jualan yang baik sepanjang tahun ini dan mendominasi carta permainan sejak dilancarkan. Malahan Elden Ring dan saingannya God of War Ragnarok telah menjadi antara permainan yang berjaya didalam industri ini.

Elden Ring dan God of War Ragnarok ini telah menjadi pemenang terbesar pada rancangan ini sekaligus meraih 10 daripada 32 hadiah yang tersedia pada khamis lalu.

Selain menjadi Game of The Year, Elden Ring juga memenangi anugerah Best Game Direction, Best Art Direction, Dan juga Best Role Playing, Best Role Playing dan lain-lain nominasi

Seperti Elden Ring, Ragnarok God of War juga telah memenangi anugerah Best Narrative, Best Audio Design, Best Score And Music, Best Action/Adventure dan lain-lain lagi.

Buat anda yang terlepas untuk menonton acara ini dan melihat senarai penuh nominasi serta pemenang bagi setiap kategori, Anda boleh singgah ke akaun media sosial The Game Awards atau di media sosial bagi maklumat lebih terperinci

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya