MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pass Percuma Aspirant, Log Masuk 10/12-12/12

ai hyprgame
Kongsi
Pass Percuma Aspirant, Log Masuk 10/12-12/12

Baru-baru ini Monoton telah mengumumkan kolaborasi Mobile Legends Bang Bang MLBB bersama Skin Aspirants yang merupakan acara kolaborasi Ke-3 bagi tahun ini sahaja. Seperti biasa, Kolaborasi ini telah membawa pelbagai kandungan yang menarik termasuk kehadiran skin Ruby dan juga Angela.

Untuk pengetahuan anda, Acara ini telah bermula sejak 3 Disember 2022, Dan “event token recharge bonus” pula telah pun tersedia sejak semalam 10 Disember 2022.

Kredit : Mobile Legends Bang Bang Official

Terkini Mobile Legends Bang Bang MLBB telah mengumumkan di Facebook mengenai tawaran hebat yang diberikan kepada pemain mahupun peminta MLBB khususnya di Malaysia iaitu Pass Aspirant percuma!

Khas buat anda semua yang telah log masuk ke dalam permainan daripada 10 Disember 2022 sehingga 12 Disember 2022, Anda layak untuk mendapatkan Pas Aspirant secara percuma sekaligus meraih lebih banyak peluang cabutan menerusi acara ini.

Malahan sudah ada beberapa pemain Mobile Legends Bang Bang MLBB sudah berjaya mendapatkan 2 tiket Aspirants berserta dengan Yuzhong Collector apabila membuat spin kali yang Ke-2.

“Mantap la Moonton, 10 spin pertama dpt epic skin, mmg berbaloi!.” – Komen peminat Mobile Legends Bang Bang

Kredit : Mobile Legends Bang Bang Official

Nampaknya sambutan daripada peminat Mobile Legends Bang Bang rata-rata memberikan reaksi dan maklumbalas yang positif bagi tawaran hebat daripada Moonton ini. Jadi anda bila lagi ?

Kredit : Mobile Legends Bang Bang Official

Inilah masanya untuk anda menyelesaikan tugasan yang diberikan dan berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah atau ganjaran didalam permainan Mobile Legends Bang Bang MLBB ini. Masih ada 2 hari lagi sebelum promosi Pass Aspirant percuma ini tamat. Ayuh dapatkan sekarang!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *