MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

STE, NOVA Dan Fire Flux Ke GF PMGC

ai hyprgame
Kongsi
STE, NOVA Dan Fire Flux Ke GF PMGC
Kredit : PUBG Mobile Esports

Selepas 3 hari yang penuh saingan, Akhirnya pasukan STE berjaya merampas kedudukan di Top 1 pada hari Ke-4 perlawanan kumpulan hijau PMGC 2022. Mereka berjaya memperolehi 109 Elims, Triple WWCD dan 260 Milestones pada satu hari sahaja. STE berjaya menolak pasukan HVVP Rusia-Serbia yang telah merajai tahta liga PMGC 2022 sepanjang 3 hari berturut-turut ini. HVVP akhirnya terpaksa akur dengan kedudukan mereka yang telah menamatkan perlawanan semalam di Top 6. Ini menjadikan mereka salah satu pasukan yang akan mara ke peringkat Survival Stage bagi memberikan peluang menempah slot ke Grand Final PMGC 2022 nanti.

Kredit : STE

Selain pasukan STE China yang mara ke Grand Finals PMGC 2022, Pasukan NOVA Esports yang juga daripada China turut menjejaki langkah mereka. NOVA bangkit daripada Top 8 dan terus meluncur laju ke Top 2 sekaligus meraih 133 Elims, 4 kali WWCD, dan juga 256 Total Points.

Kredit : Nova Esports

Manakala pasukan Fire Flux Esport (Turkey) berjaya merebut tiket terakhir ke Grand Finals PMGC 2022 setelah memintas Bacon Time (Thailand) di perlawanan semalam. Fire Flux Esport kini berada di kedudukan Top 3 Overall Ranking dengan 126 Elims, Triple WWCD, dan 248 Total Points.

Kredit : PUBG Mobile Esports

Pasukan SEA, Bacon Time dan Vampire Esports akan meneruskan perjuangan mereka di Survival Stage pula sekaligus bersaing dengan beberapa lagi pasukan yang berada sehingga Top 11.

GG buat wakil Malaysia iaitu Yoodo Alliance (YALL) yang sudah kecundang semalam. Mereka menamatkan perlawanan semalam di Top 15 dengan jumlah mata yang sangat rendah.

Walaubagaimanapun, Terima kasih diucapkan kepada Yoodo Alliance kerana telah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa ini. Untuk berada di pentas ini juga bukanlah hal yang mudah dan harus bersaing dengan ramai lagi pemain mahupun pasukan PUBG Mobile yang ternyata kuat daripada luar negara. Mereka memulakan langkah daripada Qualifier kemudian ke PMPL MYSGPH, EA dan akhirnya ke pentas dunia. Cuma mungkin kali ini rezeki tidak memihak kepada wakil Malaysia ini.

Diharapkan PUBG Mobile Global Championship PMGC 2022 ini menjadi pengalaman dan pengajaran buat pasukan yang tersingkir bagi musim baharu nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *