MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sunbhie Sebagai Jurulatih Baharu Talon Esports

ai hyprgame
Kongsi
Sunbhie Sebagai Jurulatih Baharu Talon Esports
Kredit : JoinDota

Pasukan SEA masih lagi meneruskan dengan pertukaran Roster mereka di divisi Dota 2 sempena musih baharu nanti. Perkara yang sama juga terjadi buat pasukan Talon Esports yang kini mengumumkan kehadiran SunBhie sebagai jurulatih baharu mereka.

SunBhie atau nama sebenarnya Lee Jeong-Jae merupakan pemain profesional Dota 2 Korea Selatan yang pernah menyertai beberapa pasukan didalam arena esukan kompetetif ini.

Diantara pasukan yang pernah disertai oleh SunBhie ini terdiri daripada MVP Hot6ix, LoTem, Bathroom Buddies, Team Mischief, Dan Team Freedom. Malahan SunBhie juga pernah menjadi jurulatih kepada pasukan TNC Predator (TnC Gaming) pada 2016 sebelum diserap masuk menyertai Team Secret juga sebagai jurulatih pada lewat 2017.

Selepas bersama selama 2 tahun dengan divisi di Eropah, SunBhie membuat keputusan untuk membawa bakatnya lebih jauh ke Asia Tenggara sebagai ketua jurulatih buat Fnatic. Walaubagaimanapun kekecewaan di The International TI11 2022 telah menyebabkan SunBhie ingin menukar haluannya lagi.

“Of course, the team wouldn’t be complete without a coach. Let’s warmly welcome @SunBhieDota as he joins the Talon family as our new coach!”  – Talon Esports

“Sudah tentu, Pasukan ini tidak akan sempurna tanpa seorang Jurulatih. Ayuh kita raikan SunBie sebagai sebahagian keluarga dan jurulatih Talon Esports. ” – Talon Esports

Dia mengikuti jejak langkah Jabz dengan menyertai Talon Esports buat perlawanan yang akan datang nanti. Nampaknya mereka akan memberikan saingan sengit di DPC Dota Pro Circuit 2022/2023 bersama 23savage, Mikoto, Q dan Oli.

Untuk pengetahuan anda, SunBhie akan menggantikan tempat Andrii Bondarenko (ALWAYSWANNAFLY) yang sebelum ini menjadi jurulatih kepada Talon Esports sepanjang TI11 SEA Regional Qualifier dan TI11 Group Stages.

Ini akan menajdikan Talon Esports sebagai rumah baharu buatnya untuk mengembangkan bakat, pengalaman, kebolehan dan karier didalam arena esukan kompetetif ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *