MEMUAT

Taip untuk mencari

Juara Dunia LoL MaRin Jadi Ketua Jurulatih Team Liquid

ai hyprgame
Kongsi
Juara Dunia LoL MaRin Jadi Ketua Jurulatih Team Liquid

Team Liquid telah mengumumkan yang mereka secara rasminya menandatangi kerjasama dengan Jang Gyeong-Hwan atau juga dikenali sebagai “MaRin” didalam arena esukan kompetetif LoL League of Legends.

Juara dunia ini akan menyertai Team Liquid sebagai ketua jurulatih didalam Roster divisi ini bagi persediaan beraksi di musim baharu yang bakal tiba tidak lama lagi.

“We’re excited to welcome MaRin as our new LCS Head Coach for Team Liquid Honda! A World champion and veteran in the LCK, MaRin is ready to prepare TLH for a new era,” – Team Liquid

” Kami teruja untuk meraikan kedatangan MaRin sebagai sebahagian lineup baharu LCS Had Coach Team Liquid! Juara dunia dan pemain veteran LCK, MaRin akan bersedia untuk era baharu.” Team Liquid

Bintang LoL yang berumur 31 tahun ini memulakan kariernya sebagai pemain League of Legends LoL bersama pasukan SK Telecom T1 pada tahun 2013. Dia berjaya memenangi kejuaraan dunia pada 2015 dan bersara pada 2018 selepas hampir setahun dengan Top Esports.

Kini divisi Team Liquid LoL ini sedang melalui proses perubahan yang besar dan mengambil keputusan pada 2022 ini untuk membina semula legasi kejayaan pasukan ini.

Untuk pengetahuan lineup Team Liquid sebelum ini iaitu Hans sama, Bjergsen telah pun dilepaskan daripada pasukan ini. Malahan terdapat juga khabar angin yang menyatakan Team Liquid ingin memenuhi Roster mereka dengan lineup daripada Korea. Jika benar khabar angin menjadi realiti. Ada kemungkinan Bwipo juga akan meninggalkan pasukan ini dan Santorian berkemungkinan menyertai Dignitas. Walaubagaimanapun, tidak ada sebarang kenyataan rasmi berhubung kemaskini Roster mereka yang terkini dikongsikan kepada warganet setakat ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya