MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Dlar Mahu Sertai RRQ Hoshi Jika R7 Bersara

ai hyprgame
Kongsi
Dlar Mahu Sertai RRQ Hoshi Jika R7 Bersara

Di media sosial kini sedang hangat memperkatakan tentang Dlar yang merupakan bekas pemain Onic Filipina ingin menyertai divisi RRQ Hoshi nanti.

Ianya berikutan satu video yang dimuatnaik di Youtube tersebar tentang bintang Mobile Legends Bang Bang ini dikatakan ingin menyertai RRQ Hoshi jika R7 bersara suatu hari nanti.

Kredit : E-sports Arena

Menurut Dlar dia sangat mengagumi pasukan RRQ Hoshi kerana dipenuhi dengan lineup yang terbaik didalam arena Mobile Legends Bang Bang ini. Tambahannya lagi, Jika prestasi persembahannya di Mobile Legends Bang Bang Indonesia sudah terbaik atau bagus sudah tentu dia ingin menyertai RRQ Hoshi.

Selain itu, Dlar menyatakan semua ahli pasukan RRQ Hoshi hebat-hebat belaka dengan Skylar sebagai Gold Laner dan Support yang diperankan oleh Vyn. Malahan mereka bijak memaikan Role masing-masing untuk beradaptasi sekaligus mencipta strategi perlawanan yang tepat juga antara kelebihan RRQ Hoshi ini.

Tidak hanya Skylar dan Vyn di sebutkan, Nama Albert juga disebutkan oleh Dlar ketika live streaming nya. Dia menyifatkan Albert juga hebat seperti Kairi. Dlar juga menyatakan yang dia tidak boleh menyertai Onic kerana disitu sudah mempunyai ahli pasukan yang kuat seperti Buts dan mereka sudah mempunyai keserasian “Chemistry” tersendiri.

Dlar juga menekankan dia akan bekerjasama dengan RRQ Hoshi jika prestasinya sudah bagus, Sekaligus jika R7 ingin bersara nanti barulah dia akan sertai divisi ini. Ini kerana dia ingin menggunakan kebolehan dan pengalamannya buat RRQ Hoshi atau pasukan yang lain untuk membantu mencapai kemenangan kelak.

Mungkin MPL atau Mobile Legends Bang Bang di Indonesia mempunyai budaya yang berbeza, Menurut Dlar di Indonesia esukan Mobile Legends Bang Bang ini sangat menitikberatkan kemahiran mekanikal berbanding dengan pemain yang lebih fokus kepada gaming semata “smart player” atau “gaming objective”.

Tidak kira anda seorang pemain profesional yang sudah dikatakan jaguh dipasukan sebelumnya, Anda tetap harus menunjukkan prestasi atau pencapaian terlebih dahulu sebelum diberikan peluang menyertai mana-mana divisi MLBB ID khususnya.

Untuk pengetahuan anda, Dlar atau nama sebenarnya Gerald Trinchera merupakan bekas pemain Onic PH yang kini telah menyertai EVOS Icon sebagai EXP Laner. Sebelum menyertai EVOS Icon, Dlar sempat menyertai EVOS Legends, Walaubagaimanapun dia dipindahkan ke EVOS Icon untuk meningkatkan skills dan pengalaman sebelum menyertai kejohanan terbesar MPL nanti.

Kairi is currently playing under ONIC Esports Indonesia. The pro player also earned the regular season and grand finals MVP title in the MPL ID Season 10. Both Dlar and Kairi were former members of ONIC Philippines (PH) before the team released most of its members.

Prestasi Dlar di MDL musim Ke-6 juga hebat apabila berjaya membawa pasukannya EVOS Icon ke Grand Final sekaligus mendapat tempat kedua ketika bertemu BTR.

Malahan ketika bersama Onic PH, Dlar juga sempat ke M3 World Championship sebagai Naib Juara, MPL PH S4, MPL PH S5, dan MPL PH S8 juga sebagai Naib Juara.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *